SEJAK industri hiburan hangat diperkatakan mengenai isu berkenaan orang ketiga atau penyondol, pelakon Norman Hakim juga turut terkena tempiasnya.
Bagaimanapun jangan bimbang kerana ia bukanlah sesuatu perkara yang serius sebaliknya kisah lucu yang dikongsi oleh aktor kacak itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Menurut Norman, kisah bermula apabila ada individu tersalah anggap dirinya keluar bersama wanita lain sambil berpegangan tangan selepas selesai urusan di sebuah bank.
“Ada cerita kelakar seram. Ada orang suspek yang saya berjalan dengan teman wanita. Sebelum masuk pejabat saya bawa Tanggecey (panggilan anak) saya buka akaun bank.
“Bila keluar dari bank, macam biasa saya jalan pimpin tangan dia. Masa nak sampai dekat kereta, ada seorang abang atau pakcik ni tegur.
“Dia cakap suka tengok personaliti dan cerita keluarga saya,” kongsinya.
Jelas Norman lagi disebabkan situasi itu, individu tersebut telah menegur tindakannya dalam bentuk nasihat.
“Mukaddimah abang ni agak baik tapi bila dekat tengah-tengah nada dah macam tarbiah sambil mata dia jeling-jeling ingin tahu dekat Dania.
“Selepas itu dia cakap ambillah iktibar dari kes-kes artis sekarang ni. Aik? Instict saya dah tak best. Saya agak abang ni dah 'misinterpreted' dan tak husnozon.
“Saya terus mencelah dan tanya ‘Abang nak pergi bank jugak ke? Dalam bank agak clear tak ramai orang. Saya baru lepas selesaikan urusan buka akaun bank untuk anak saya ni.
“Dia jawab, ‘Oooooo... Anak… Huh dah besar ya anak. Saya ingat siapa tadi’. Saya tanya balik "Abang ingat girlfriend saya ke?" Dia terus gelak besar dan tukar topik raya,” jelasnya.
View this post on Instagram
A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri❤️ (@normanhakim_786)
Tidak terganggu dengan kejadian berkenaan, Norman menganggap perkara itu hanyalah satu kejadian lucu.
“Saya dah agak dah. Ramalan ku benar belaka. Saya cuba husnuzon mungkin abang ni tak ada sosial media dan dengar cerita saya dan keluarga dari isteri atau anak-anak dia kot. Tapi abang ni memang nampak baik orangnya,” coretnya.
Terdahulu, Norman mendirikan rumah tangga bersama Abby Abadi pada 2002 tetapi bercerai pada 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 20, Marissa Dania Hakim, 18, dan Danisha Hakim, 15.
Norman kemudiannya bertemu jodoh dengan Memey Suhaiza dan berkahwin pada tahun 2011.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 9, Muhammad Dikhriz Hakim, 7 dan Mikayla Delisha Hakim, 4.
Gempak
Sat Apr 15 2023
![Norman Hakim kena sekolah, ingat pegang tangan 'girlfriend' rupanya anak Norman Hakim kena sekolah, ingat pegang tangan 'girlfriend' rupanya anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681529986_NormanHakim.jpg)
Disebabkan jalan berpimpin tangan dengan anak daranya, Norman menerima teguran dalam bentuk nasihat. - Foto Gempak
Polis buru empat lelaki bersenjata, bertopeng rompak kedai emas di Kajang
Pengunjung sebuah kompleks membeli-belah di Kajang berdepan detik cemas apabila empat lelaki bertopeng dan bersenjata merompak sebuah kedai emas dalam bangunan tersebut pada petang Isnin.
Hampir 30 pasangan dari Malaysia ke selatan Thailand setiap bulan
Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat mendedahkan sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu datang ke wilayah berkenaan pada setiap bulan untuk bernikah dan berpoligami.
Netanyahu bubar Kabinet Perang Israel
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membubarkan Kabinet perangnya yang dianggotai enam anggota.
40 ditahan dalam Op Mabuk di Johor
Polis Johor menahan 40 individu terdiri daripada 37 warga tempatan dan tiga warga asing berumur 18 hingga 60 tahun dalam Op Mabuk di seluruh daerah di negeri ini sejak Ahad hingga pagi Isnin.
Empat lelaki ditahan kes culik, pukul, ugut remaja
Polis sudah menahan empat lelaki warga tempatan dan sedang mengesan beberapa lagi individu yang terbabit dalam kejadian melarikan dan menculik tiga remaja di sebuah pasar raya di kawasan Skudai.
Malaysia-China sehaluan meneroka bidang masa depan lestari
Selepas 50 tahun, landskap kerjasama diplomatik antara Malaysia dan China boleh disifatkan terus makmur dan progresif yang mana ia terlihat nyata dengan prestasi memberansangkan dari segi ekonomi dan pelaburan antara kedua negara.
Malah, untuk 15 tahun berturut-turut, negara tembok besar itu adalah merupakan pelabur paling utama buat Malaysia.
Malah, untuk 15 tahun berturut-turut, negara tembok besar itu adalah merupakan pelabur paling utama buat Malaysia.
Anwar-Erdogan senada tingkat bantuan kemanusiaan ke Gaza
Kedua-dua pemimpin turut mengulangi komitmen mengukuhkan kerjasama dalam pertahanan, ekonomi, budaya, perdagangan, pelaburan antara Malaysia-Turki.
Malaysia, Pakistan sepakat solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
Cuaca panas hadirkan kebimbangan buat jemaah haji
Kebimbangan mula meningkat selepas mereka mendapat laporan sekurang-kurangnya enam warga Jordan maut akibat cuaca panas pada Sabtu.
Sindiket dadah tumpas, rampasan berbilion euro
Kecekapan pihak penguatkuasa Jerman dalam membanteras kegiatan sindiket pengedaran dadah melibatkan rampasan bernilai berbilion euro.
!['Nanti saya jawab' - Abby Abadi komen dakwaan anak gadis terkait skandal suami orang 'Nanti saya jawab' - Abby Abadi komen dakwaan anak gadis terkait skandal suami orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694149093_abbyabadi.jpg)
'Nanti saya jawab' - Abby Abadi komen dakwaan anak gadis terkait skandal suami orang
Hantaran itu difahamkan merujuk kepada spekulasi yang tular di media sosial mendakwa anak perempuannya itu terkait dengan hubungan sulit dengan lelaki berstatus suami orang.
![Norman Hakim kena sekolah, ingat pegang tangan 'girlfriend' rupanya anak Norman Hakim kena sekolah, ingat pegang tangan 'girlfriend' rupanya anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681529986_NormanHakim.jpg)
Norman Hakim kena sekolah, ingat pegang tangan 'girlfriend' rupanya anak
Ada individu tersalah anggap dirinya keluar bersama wanita lain sambil berpegangan tangan selepas selesai urusan di sebuah bank.
![Dah 'hilang' 15 minit, nafas ayah pun tak ada - Norman Hakim trauma Dah 'hilang' 15 minit, nafas ayah pun tak ada - Norman Hakim trauma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671252598_Normanhakim.jpg)
"Dah 'hilang' 15 minit, nafas ayah pun tak ada" - Norman Hakim trauma
Pelakon, Norman Hakim berdepan detik cemas apabila bapanya kesayangannya Haji Zaidon Haji Abdul Rahim tidak bernafas buat seketika.
!['Dah 2022, tolong ubah mentaliti' - Abby perjelas sebab beraya bersama keluarga Norman 'Dah 2022, tolong ubah mentaliti' - Abby perjelas sebab beraya bersama keluarga Norman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652151009_PersoalKenapaNakR.jpg)
'Dah 2022, tolong ubah mentaliti' - Abby perjelas sebab beraya bersama keluarga Norman
Menurut Abby, dia tidak mahu ada pihak yang salah anggap dan membuat andaian sendiri hingga boleh menimbulkan fitnah terhadap keluarga bahagia mereka.
![Ziarah Aidilfitri: Norman, Abby Abadi direkod keterangan Ziarah Aidilfitri: Norman, Abby Abadi direkod keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621328593_NormanAbby.jpg)
Ziarah Aidilfitri: Norman, Abby Abadi direkod keterangan
Polis telah merekod keterangan lima individu termasuk selebriti iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi susulan dakwaan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana berziarah raya, baru-baru ini.
![The Maid bakal cetus fenomena The Maid bakal cetus fenomena](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81609923216_TheMaid.jpg)
The Maid bakal cetus fenomena
The Maid dianggap sebagai penerus kecemerlangan siri program The House yang mencetus fenomena baru-baru ini.
![Alhamdullilah semua ok - Suami kongsi imbasan ultrasound, Abby Abadi sah berbadan dua Alhamdullilah semua ok - Suami kongsi imbasan ultrasound, Abby Abadi sah berbadan dua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71561687202_abby_6.jpg)
"Alhamdullilah semua ok" - Suami kongsi imbasan ultrasound, Abby Abadi sah berbadan dua
Alhamdulillah....
![Program bual bicara Mingguan Wanita serba baharu, tampilkan lima pengacara Program bual bicara Mingguan Wanita serba baharu, tampilkan lima pengacara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41560944508_ASTRO.jpg)
Program bual bicara Mingguan Wanita serba baharu, tampilkan lima pengacara
Program bual bicara Mingguan Wanita tampil serba baharu musim kedua di Astro Prima dan Prima HD, bermula Julai ini.
!['Kami bersatu untuk kebahagiaan anak-anak' - Norman Hakim 'Kami bersatu untuk kebahagiaan anak-anak' - Norman Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51557201630_rmn-befunky-collage.jpg)
'Kami bersatu untuk kebahagiaan anak-anak' - Norman Hakim
Norman menasihati supaya ibu bapa membuang sifat ego untuk mengambil langkah memperbaiki hubungan yang terputus.
![Lepas tertengok video Lana, terus kami ... - Norman dan Memey cerita pertemuan di IJN Lepas tertengok video Lana, terus kami ... - Norman dan Memey cerita pertemuan di IJN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71550196002_01.jpg)
"Lepas tertengok video Lana, terus kami ..." - Norman dan Memey cerita pertemuan di IJN
Semoga Allah SWT Permudahkan.