Belasungkawa Allahyarham Bung Moktar Radin | Ikuti Perkembangan Terkini Perjalanan Terakhir di sini
GADGETS

Norway bina terowong bawah laut terdalam dunia, 390 meter di bawah paras laut

Amanz 05/12/2025 | 06:00 MYT
Projek terowong Rogaland Fastforbindelse (Rogfast) di Norway yang sedang dibina dijangka menjadi terowong bawah laut untuk kenderaan paling dalam di dunia pada kedalaman 390 meter di bawah paras laut dan sepanjang 27 kilometer. -Foto Amanz
TEROWONG bawah tanah paling dalam di Malaysia ialah Terowong SMART yang terletak kira-kira 20 meter di bawah paras laut.


Ringkasan AI
  • Terowong SMART di Malaysia merupakan terowong bawah tanah paling dalam di negara ini, terletak kira-kira 20 meter di bawah paras laut.
  • Projek terowong Rogaland Fastforbindelse (Rogfast) di Norway sedang dibina, dijangka menjadi terowong bawah laut untuk kenderaan paling dalam di dunia pada kedalaman 390 meter di bawah paras laut dan panjang 27 kilometer.
  • Rogfast direka untuk menyambungkan kawasan Randaberg, Bokn, dan Kvitsy, memendekkan perjalanan penduduk sebanyak 40 minit, tetapi projek ini mengalami kelewatan sehingga tahun 2033 disebabkan kekurangan dana, dengan kos keseluruhan mencecah NOK 25 bilion.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ia merupakan terowong pertama di dunia yang berfungsi sebagai laluan kenderaan dan saliran air hujan apabila diperlukan.

Namun, kedalaman Terowong SMART tidak setanding dengan projek Rogaland Fastforbindelse (Rogfast) yang sedang dibina di Norway.

Rogfast apabila siap kelak akan menjadi terowong bawah laut untuk kenderaan paling dalam di dunia, terletak 390 meter di bawah paras laut. Ia juga akan menjadi terowong terpanjang dunia dengan panjang 27 kilometer.

Dua terowong masing-masing dengan dua lorong sedang dibina dan uniknya, di tengah-tengah Rogfast terdapat dua bulatan pada kedalaman 260 meter untuk membolehkan pengguna memilih tiga destinasi berbeza.

Projek ini dibina bagi menyambungkan Randaberg, Bokn dan Kvitsøy yang kini dipisahkan oleh lautan.

Penduduk yang selama ini bergantung kepada feri bakal memendekkan perjalanan sebanyak 40 minit.

Projek ini bermula pada 2018 tetapi tergendala kerana kekurangan dana. Ia sepatutnya dibuka menjelang 2025 namun kini ditangguhkan ke 2033. Kos keseluruhan projek mencecah NOK 25 bilion (kira-kira RM10.25 bilion). -Amanz




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah kedalaman Terowong SMART di Malaysia?
    A: Terowong SMART terletak kira-kira 20 meter di bawah paras laut.
  • Q: Mengapakah Terowong SMART dianggap unik?
    A: Terowong SMART berfungsi sebagai laluan kenderaan dan saliran air hujan, menjadikannya terowong pertama di dunia yang mempunyai fungsi ganda tersebut.
  • Q: Apakah projek terowong bawah laut untuk kenderaan paling dalam di dunia yang sedang dibina?
    A: Projek Rogaland Fastforbindelse (Rogfast) di Norway, yang terletak 390 meter di bawah paras laut dan akan menjadi terowong bawah laut untuk kenderaan paling dalam di dunia.
  • Q: Mengapa terdapat dua bulatan pada kedalaman 260 meter di tengah-tengah Rogfast?
    A: Bulatan tersebut membolehkan pengguna memilih tiga destinasi berbeza di dalam terowong.
  • Q: Mengapa projek Rogfast mengalami penangguhan dari tarikh asal perancangan?
    A: Projek Rogfast mengalami penangguhan daripada tarikh asal perancangan hingga 2033 disebabkan oleh kekurangan dana, walaupun sepatutnya dibuka menjelang 2025 dengan kos keseluruhan mencecah NOK 25 bilion.



#terowong bawah tanah paling dalam #Rogfast #Norway #terowong bawah laut