GADGETS
Nothing akan menyokong AirDrop dalam masa terdekat
Carl Pei berkata, Nothing sudah memulakan usaha menyokong ciri penghantaran fail rentas sistem operasi pada peranti keluaran syarikat itu secepat mungkin. - Foto Amanz
MINGGU lalu Google secara mengejut mengumumkan peranti Android dan iPhone boleh menghantar fail menggunakan protokol AirDrop serta QuickShare tanpa memerlukan pemasangan aplikasi pihak ketiga seperti WhatsApp.
Yang mengecewakan ialah ciri ini hanya disokong pada Pixel 10, Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL dan Pixel 10 Pro Fold sahaja pada ketika ini.
Sejurus selepas pengumuman dilakukan Google, CEO Nothing Carl Pei mengatakan syarikat beliau sudah memulakan usaha menyokong ciri penghantaran fail rentas sistem operasi ini pada peranti keluaran mereka secepat mungkin.
Tahun ini Suruhanjaya Eropah sudah meminta Apple membuka ekosistem AirDrop kepada peranti lain bagi memenuhi Akta Pasaran Digital (DMA).
Apple menentang arahan ini kerana mengatakan ia boleh membawa risiko keselamatan kepada pengguna mereka.
Google memberikan sokongan ini tanpa bantuan Apple dan yang menjadi persoalan ialah sama ada kemas kini akan diberikan untuk menyekatnya di masa hadapan.