#Nothing2Hide: 'Saya mahu Najib teruskan perjuangan arwah bapanya' - Tun M

Syafique Shuib
Jun 5, 2015 04:09 MYT
#NOTHING2HIDE: Dr Mahathir turut diarahkan menghentikan ucapannya oleh pihak polis. - Foto Astro AWANI/Syafique Shuib
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan perjuangan ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan bekas Perdana Menteri kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976.
Dr Mahathir berkata demikian ketika berucap secara ringkas Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam majlis #Nothing2Hide: "Dialog PM bersama NGO" pada Jumaat.
BACA
#Nothing2Hide: Dialog PM bersama NGO dibatalkan
#Nothing2Hide: Acara dibatalkan, urusetia cuba berunding untuk teruskan majlis
Bagaimanapun, program yang dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi itu telah diumumkan batal oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitternya sekitar jam 8.55 pagi.
Dr Mahathir turut diarahkan menghentikan ucapannya oleh pihak polis pada kira-kira jam 10.40 pagi sebelum beliau diiring keluar dewan pada jam 11 pagi.
Pengerusi Sukaguam Datuk Khairul Anwar Rahmat mengesahkan kepada pihak media bahawa Dr Mahathir tidak mendapat jemputan ke program tersebut dan ahli politik veteran itu juga tidak diberi kebenaran untuk berucap.
Selain Dr Mahathir, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan juga dilihat hadir.

Saya amat terhutang budi dengan Tun Razak. Saya mahu Najib untuk teruskan perjuangan arwah ayahnya @501Awani

— syaf (@syafique) June 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Namun saya dapati dasar-dasar Najib tidak baik untuk negara. #Nothing2Hide @501Awani

— syaf (@syafique) June 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Polis arah Tun M utk berhenti berucap di PWTC @501Awani #Nothing2Hide

— syaf (@syafique) June 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Keadaan di dalam dewan setelah Tun M diarah berhenti berucap #Nothing2Hide @501Awani pic.twitter.com/NRWgf2hyPM

— syaf (@syafique) June 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rakan media berkata Tun M akan membuat sidang media, namun tidak semua wartawan dpt ke pentas utama @501Awani pic.twitter.com/lEYfcVvWFL

— syaf (@syafique) June 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Keadaan di dalam dewan terkawal. Wartawan/jurukamera menanti sidang media Tun M #Nothing2Hide @501Awani pic.twitter.com/6wIDF0Mhkj

— syaf (@syafique) June 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tun M keluar dari dewan #Nothing2Hide @501Awani pic.twitter.com/cHBaE3Hxm7

— syaf (@syafique) June 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dialog PM Bersama NGO #Mahathir Mohamad #Najib Tun Razak #Nothing2Hide