MALAYSIA
Notifikasi PCB diperkenal melalui e-mel - LHDN
LHDN menasihatkan semua pembayar cukai agar memastikan alamat e-mel mereka adalah sah dan sentiasa dikemas kini di portal MyTax bagi membolehkan notifikasi diterima secara konsisten setiap bulan.
PUTRAJAYA: Penghantaran notifikasi Potongan Cukai Bulanan (PCB) kepada pembayar cukai individu melalui e-mel telah mula dilaksanakan mulai 17 Sept lepas, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Dalam kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan penghantaran notifikasi itu melibatkan PCB bagi bulan Ogos dan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan oleh pembayar cukai menerusi portal MyTax.
"Pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan LHDN dan memberi keyakinan kepada pembayar cukai bahawa potongan cukai oleh majikan telah diremitkan dan dikreditkan ke dalam lejar cukai masing-masing.
"Langkah ini juga merupakan sebahagian daripada usaha LHDN untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan secara digital dan menggalakkan penggunaan portal MyTax sebagai saluran rasmi komunikasi antara LHDN dan pembayar cukai," katanya.
Sehubungan dengan itu, LHDN menasihatkan semua pembayar cukai agar memastikan alamat e-mel mereka adalah sah dan sentiasa dikemas kini di portal MyTax bagi membolehkan notifikasi diterima secara konsisten setiap bulan.
Selain itu, semakan bayaran PCB boleh dilakukan melalui pautan PCB, manakala maklumat terperinci berkaitan kedudukan akaun cukai boleh diakses melalui pautan "Lejar" yang disediakan di portal MyTax.
-- BERNAMA