MALAYSIA
NRES diarah beri penjelasan '3 kampung Indonesia kini jadi wilayah Malaysia' - Fahmi Fadzil
Fahmi berkata, kenyataan penuh daripada pihak NRES dijangka dikeluarkan sama ada hari ini atau selewat-lewatnya Isnin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri telah mengarahkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) untuk menyediakan laporan menyeluruh berhubung dakwaan tiga kampung di Indonesia yang dikatakan kini termasuk dalam wilayah Malaysia.
Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kenyataan penuh daripada pihak NRES dijangka dikeluarkan sama ada hari ini atau selewat-lewatnya Isnin.
“Memandangkan perkara ini menyentuh isu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), pihak NRES telah diminta untuk membuat susulan dengan kenyataan yang lebih penuh.
"Mungkin pada hari ini ataupun paling lewat hari Isnin,” katanya dalam sidang media mingguan di Putrajaya, pada Jumaat.
Menurut Fahmi, isu berkenaan melibatkan siri perbincangan antara Malaysia dan Indonesia serta melalui proses yang panjang, selain menegaskan bahawa tidak semua laporan yang tersebar ketika ini adalah tepat.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk menunggu penjelasan rasmi daripada pihak NRES bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung perkara tersebut.
Terdahulu, media melaporkan tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara dilaporkan kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Badan Nasional Pengurusan Sempadan Indonesia (BNPP), Komjen Polis Makhruzi Rahman, dalam mesyuarat bersama Suruhanjaya II Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia di Kompleks Parlimen, Senayan pada Rabu.
Menurut beliau, perubahan tersebut berkait dengan penyelesaian beberapa Outstanding Boundary Problem (OBP) atau isu sempadan yang sebelum ini belum dimuktamadkan antara Indonesia dan Malaysia, khususnya melibatkan Pulau Sebatik yang terbahagi kepada dua pentadbiran negara.