MALAYSIA
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
Arthur turut meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak berkuasa dan NRES akan terus memantau perkembangan kes berkenaan dari semasa ke semasa. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedia memberikan komitmen penuh bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu pengurusan sisa elektronik (e-waste).
Ringkasan AI
Menteri berkenaan Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata kementerian mengambil maklum laporan penahanan dua pegawai kanan Jabatan Alam Sekitar oleh SPRM dan menegaskan bahawa NRES tidak akan bertoleransi terhadap sebarang bentuk salah guna kuasa, penyelewengan atau amalan rasuah yang melibatkan mana-mana petugas di bawah kementerian itu.
"Saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian (Datuk Dr Ching Thoo Kim ) untuk memastikan segala fungsi dan operasi harian JAS berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat dan pemantauan alam sekitar tetap diutamakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Arthur turut meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak berkuasa dan NRES akan terus memantau perkembangan kes berkenaan dari semasa ke semasa.
"NRES akan mengambil tindakan susulan pada peringkat dalaman selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) sekiranya perlu," katanya.
Terdahulu, media melaporkan bahawa SPRM telah menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah JAS untuk siasatan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited membantu siasatan SPRM berhubung pengurusan sisa elektronik (e-waste).
- Datuk Seri Arthur Joseph Kurup menegaskan NRES tidak akan bertoleransi terhadap salah guna kuasa atau amalan rasuah di bawah kementeriannya.
- NRES akan memantau kes berkenaan dan ambil tindakan susulan dalaman sekiranya diperlukan mengikut Peraturan Pegawai Awam.