MALAYSIA
N.Sembilan bakal miliki hab halal AI pertama dalam negara
Aminuddin (foto) berkata pembinaan dan pengoperasian RHDC dengan pelaburan berjumlah RM400 juta itu akan dibangunkan di tanah berkeluasan 5.423 hektar (13.4 ekar) dan dijadualkan bermula September ini. -Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Negeri Sembilan bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang memiliki hab halal moden berteknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi pembinaan Fasiliti Penyimpanan Sejuk Beku Halal Bersepadu yang dikenali sebagai Regional Halal Distribution Centre (RHDC) di Bandar Enstek di sini.
Ringkasan AI
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pembinaan dan pengoperasian RHDC dengan pelaburan berjumlah RM400 juta itu akan dibangunkan di tanah berkeluasan 5.423 hektar (13.4 ekar) dan dijadualkan bermula September ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam negeri berkata kemudahan berkenaan dilengkapi dengan Teknologi Automasi, AI dan Sistem Pengurusan Pintar untuk memaksimumkan kecekapan operasi dan kawalan kos secara berkesan.
"Kemudahan ini adalah yang pertama dalam negara, logistik seperti ini memang ada banyak tetapi yang berkonsepkan moden, penggunaan AI dan teknologi, ia merupakan yang pertama melibatkan produk halal untuk disimpan dan dieksport.
"Inilah kelebihan RHDC dan yang membezakannya dengan kemudahan lain yang sedia ada di Malaysia. Penggunaan teknologi semasa yang canggih akan menjadikan RHDC sebagai pusat yang memenuhi permintaan pelanggan dengan lebih berkesan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) yang diwakili Ketua Eksekutif PKNNS Rusmimah Mat Derus dengan Syarikat Gobuilders Netsoft Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Ivan Chin Wen Hau di sini hari ini.
Aminuddin berkata pembangunan RHDC itu juga akan menjadi pemangkin kepada pelaburan baharu di Negeri Sembilan terutama kepada pemain-pemain industri halal yang banyak mengeksport produk mereka ke Timur Tengah.
Tambahnya RHDC yang dibina di Lembah Wawasan Malaysia 2.0 itu akan memperkukuh lagi usaha dalam mempromosikan industri halal sekali gus menarik pelabur seluruh dunia yang memerlukan pensijilan halal.
"Kemudahan dan perkhidmatan RHDC itu nanti akan menjadikan Negeri Sembilan 'magnet' kepada industri halal bukan sahaja di rantau Asia bahkan tidak mustahil menjadi tumpuan dari seluruh dunia.
"Selain menyediakan infrastruktur moden, sudah pasti projek ini juga akan membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi terutama kepada penduduk setempat," katanya sambil menambah permintaan produk halal sudah mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara Eropah, Rusia, Kanada dan Jepun.
Dalam perkembangan berasingan, Ahli Parlimen Port Dickson itu menasihatkan semua pengusaha kupang atau dwicengkerang di perairan Port Dickson supaya tidak menuai atau mengutip hasil mereka pada masa ini.
Beliau berkata ini berikutan bacaan paras biotoksin yang dikesan dalam makanan laut itu masih tinggi dan akan memberikan risiko kepada kesihatan sekiranya dimakan.
"Kita akan memantau rapat masalah ini, Insya-Allah dalam masa sebulan kita akan lihat perkembangannya dan berharap keadaan menjadi lebih baik memandangkan musim hujan di kawasan itu," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Negeri Sembilan bakal bina hab halal moden pertama di Malaysia, RHDC, dengan pelaburan RM400 juta di Bandar Enstek.
- RHDC akan dilengkapi teknologi automasi, AI dan sistem pintar untuk operasi penyimpanan dan eksport produk halal secara efisien.
- Projek ini dijangka tarik pelabur global, buka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, dan jadikan Negeri Sembilan pusat tumpuan industri halal dunia.