awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NTD tidak harus dipandang sepi

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2021
06:52 MYT
NTD tidak harus dipandang sepi
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata walaupun Malaysia merupakan negara berpendapatan sederhana tinggi, ia masih tidak bebas daripada NTD. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Meskipun negara kini sedang berdepan dengan ancaman COVID-19 namun penyakit lain terutamanya dalam kategori Penyakit Tropikal Terabai atau NTD tidak harus dipandang sepi.
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika Universiti Malaya, Profesor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, penyakit sebegitu masih wujud di Malaysia malah ada yang tidak begitu diberi perhatian.
Menurutnya, jika penyakit seperti itu terus berjangkit tatkala hospital masih penuh dengan pesakit COVID-19, ia pasti akan menambah beban kepada sistem kesihatan negara.
“Itu yang kita bimbang kerana kita tahu denggi boleh merebak dengan tiba-tiba. Jika ramai yang terkena denggi dan perlukan kegunaan hospital, dalam masa sama ramai yang ada COVID-19, ini akan tambah beban kepada sistem kesihatan negara kita.
“Selain dari melindungi diri dari terjangkit COVID-19, kita juga perlu berwaspada dari terkena jangkitan penyakit lain juga seperti denggi,” katanya ketika bersiaran dalam Buletin AWANI pada Sabtu.
Tambahnya, banyak penyakit lain dalam kategori NTD ada di Malaysia dan ia termasuklah rabies atau anjing gila dan kecacingan.
Malaysia bersama dengan 23 negara di seluruh dunia menyertai Hari Penyakit Tropikal Terabai (NTD) dalam mengukuhkan perpaduan untuk bersama menamatkan NTD dan membebaskan generasi akan datang daripada belenggu penyakit yang dikaitkan dengan kemiskinan ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata walaupun Malaysia merupakan negara berpendapatan sederhana tinggi, ia masih tidak bebas daripada NTD, dan ia mengambil contoh penyakit denggi, jangkitan virus bawaan nyamuk yang merupakan penyebab utama morbiditi dan kematian di Malaysia.
"Pada tahun 2019, lebih daripada 130,000 kes denggi direkodkan, yang menunjukkan kenaikan 61 peratus berbanding tahun 2018 (Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC), KKM, 2018)," menurut kenyataan itu.
"Dianggarkan lebih daripada 1.7 bilion orang dijangkiti NTD, atau bersamaan dengan 24 peratus daripada populasi dunia.
"Dengan menyertai solidariti ini, Malaysia dapat membantu dalam meningkatkan keprihatinan kepada pahit getir dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat yang hidup dengan ancaman NTD setiap hari," menurutnya lagi.
Topic Berkaitan
#KKM
#denggi
#NTD
#Kementerian Kesihatan
#pendidikan
#kesihatan
#Malaysia
#COVID-19
#penyakit berjangkit
#rabies
#anjing gila
#kecacingan
#cacing
#Sakit perut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan