awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NTS di sekolah perlu lebih fleksibel, ikut tahap risiko semasa - Penganalisis

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
27/11/2021
12:30 MYT
NTS di sekolah perlu lebih fleksibel, ikut tahap risiko semasa - Penganalisis
Perlu ada cara pastikan Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan (NTS) dijalankan di sekolah dengan lebih efektif. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pihak berwajib perlu memikirkan cara bagi membolehkan Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan (NTS) dijalankan di sekolah dengan lebih efektif.
Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berpendapat, antara yang boleh difikirkan ialah jumlah 10 peratus pengujian di sekolah ditingkatkan atau dikurangkan mengikut tahap risiko sekolah dari semasa ke semasa.
"Saya percaya guru-guru pasti akan diberi taklimat tentang prosedur dan akan sentiasa memantau NTS di sekolah.
"10 peratus itu tidaklah begitu banyak, bermaksud dalam 10 pelajar hanya seorang yang akan diuji. Sebaiknya, jumlah itu ditingkatkan lagi tetapi untuk peringkat awal, ini sudah bagus.
"Mungkin di peringkat daerah bantu membuat pemantauan, ada fleksibiliti berkaitan jumlah pelajar yang akan diuji berdasarkan risiko semasa.
"Ini penting supaya NTS ini mencapai objektifnya iaitu mengawal penularan dan memperkasa kehidupan rakyat semasa endemik," katanya ketika muncul dalam program Fokus Minggu Depan di Astro AWANI, hari ini.
Dalam masa sama, beliau juga tidak melihat NTS sebagai beban kepada guru dan kakitangan sekolah.
"Proses ini tidak akan ambil masa yang panjang dan tidak mengganggu pengajaran dan pembelajaran, jadi saya tidak fikir ia akan menambah beban atau beri tekanan kepada guru.
"Apa pun kita perlu lihat hal ini dalam konteks yang lebih luas, iaitu meletakkan kesihatan dan keselamatan pelajar sebagai keutamaan," ujarnya.
Pelaksanaan NTS akan bermula Isnin ini, dengan salah satu perkara di bawah NTS ialah murid di bawah usia kelayakan untuk terima vaksin perlu melaksanakan ujian mingguan sekurang-kurangnya kepada 10 peratus sampel daripada jumlah pelajar sekolah di sesebuah sekolah.
Ujian perlu dibuat secara bergilir-gilir pada sampel yang berbeza-beza setiap minggu.
27 November 2021: Fokus Minggu Depan
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pengajaran dan pembelajaran
#guru
#pelajar
#sekolah
#Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan