awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NUFAM ancam mogok terhadap MAS jika tidak ambil kakitangan bekerja

Bernama
Bernama
09/06/2015
14:38 MYT
NUFAM ancam mogok terhadap MAS jika tidak ambil kakitangan bekerja
Ismail berkata, MAS perlu melihat perkara tersebut dari sudut kemanusiaan lantaran tindakan memberhentikan kerja itu menyukarkan kehidupan mereka yang terlibat.
Persatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) memberi tempoh 48 jam kepada Malaysia Airlines (MAS) untuk menarik balik surat-surat pemberhentian kerja bagi 6,000 kakitangannya atau mereka akan melancarkan mogok.
Presiden NUFAM Ismail Nasaruddin berkata kakitangan yang terlibat juga perlu diambil bekerja semula.
“Jika syarat ini tidak dipenuhi dalam masa 48 jam, semua kakitangan akan melancarkan kempen tools down (tidak mahu bekerja) terhadap syarikat penerbangan dan akan terus menjalankan protes,” ujarnya dalam sidang media hari ini.
Beliau memberi amaran bahawa mogok tersebut akan berterusan sehinggalah syarat-syarat yang diminta diterima dan ‘menunjukkan hasil’.
Daripada 20,000 surat berhenti kerja yang diberikan kepada semua kakitangan dalam strategi penstrukturan semula, MAS tidak akan menyerap semula 6,000 pekerjanya dalam syarikat baharu iaitu Malaysia Airlines Berhad yang akan bermula operasinya September ini.
Menurut Ismail, syarikat penerbangan itu perlu melihat perkara tersebut dari sudut kemanusiaan lantaran tindakan memberhentikan kerja itu menyukarkan kehidupan mereka yang terlibat.
Topic Berkaitan
#Ismail Nasaruddin
#kakitangan
#MAS
#mogok
#NUFAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan