MALAYSIA
Nuklear Malaysia perkukuh peranan serantau dalam pengurusan kualiti pemprosesan sinaran
Muhammad Rawi menyifatkan projek IAEA/RCA RAS1028 sebagai bukti bahawa negara Asia Pasifik mampu bekerjasama untuk meningkatkan standard kualiti dalam fasiliti pemprosesan sinaran. - Foto Agensi Nuklear Malaysia
GEORGE TOWN: Projek IAEA/RCA RAS1028 diterajui Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) berjaya merapatkan jurang pembangunan industri pemprosesan sinaran antara negara anggota di rantau Asia Pasifik.
Ringkasan AI
Nuklear Malaysia memaklumkan projek empat tahun bermula pada 2022 itu memberi tumpuan kepada peningkatan amalan pengurusan kualiti dan sistem dosimetri bagi kemudahan pemprosesan sinaran agar menepati keperluan akta, standard dan perundangan antarabangsa.
"Malaysia melalui Nuklear Malaysia telah diberi kepercayaan sebagai Penyelaras Negara Utama (LCC) yang memperkukuh peranan pentingnya sebagai agensi penyelidikan dan pembangunan berteraskan teknologi nuklear untuk kegunaan aman," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu sempena mesyuarat akhir projek IAEA/RCA RAS1028 bertajuk "Improving the Quality Management Practices in Radiation Processing Facilities for Better Performance and Applications" dengan kerjasama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di sini.
Ketua Pengarah Nuklear Malaysia Dr Muhammad Rawi Mohamed Zin yang merasmikan mesyuarat itu menekankan kepentingan kerjasama serantau dalam memperkukuh aplikasi teknologi nuklear bagi manfaat bersama-sama.
Beliau turut menyifatkan projek IAEA/RCA RAS1028 sebagai bukti bahawa negara Asia Pasifik mampu bekerjasama untuk meningkatkan standard kualiti dalam fasiliti pemprosesan sinaran.
"Ia bukan sahaja memastikan keselamatan dan keberkesanan operasi, tetapi turut memacu inovasi serta pertumbuhan industri berkaitan," katanya.
Muhammad Rawi turut merakamkan penghargaan atas kepercayaan diberikan kepada Nuklear Malaysia sebagai LCC dalam menyelaras aktiviti projek dan kerjasama antara negara anggota.
Mesyuarat itu menghimpunkan wakil dari 14 negara anggota iaitu Bangladesh, Kemboja, Indonesia, India, Filipina, Korea Selatan, Laos, Malaysia, Mongolia, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam.
Antara objektif utama ialah membentangkan aktiviti dan hasil dicapai sepanjang tempoh projek selain Malaysia diberi mandat mengetuai pembangunan dokumen senarai semak bagi keperluan pensijilan kemudahan penyinaran, yang akan menjadi rujukan penting bagi penambahbaikan amalan kualiti di peringkat serantau.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Agensi Nuklear Malaysia diberi mandat sebagai Penyelaras Negara Utama (LCC) dalam projek empat tahun yang bertujuan memperkukuh amalan pengurusan kualiti dan sistem dosimetri di fasiliti pemprosesan sinaran.
- Projek ini membuktikan kemampuan negara Asia Pasifik bekerjasama meningkatkan standard kualiti, keselamatan operasi dan inovasi dalam industri pemprosesan sinaran.
- Mesyuarat akhir projek menghimpunkan wakil 14 negara dan Malaysia diberi tanggungjawab membangunkan senarai semak pensijilan kemudahan penyinaran sebagai rujukan serantau.