NUR Alert: Polis mohon bantuan kesan Puteri Nurardiana Damia Qaisara

Astro Awani
September 30, 2019 02:20 MYT
Puteri Nurardiana Damia Qaisara kali terakhir ditemui memakai baju ungu dengan seluar pendek merah. -Foto PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin mengeluarkan siar raya NUR Alert dalam usaha mengesan seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Bintulu, Sarawak.
Kanak-kanak berkenaan, Puteri Nurardiana Damia Qaisara Abdullah, 6, kali terakhir dilihat di Kampung Baru Laut, di sini, memakai baju ungu dengan seluar pendek merah.
Laporan kehilangannya dibuat pada Sabtu.
Puteri Nurardiana Damia Qaisara berketinggian 120cm dengan berat 18kg, berkulit cerah dengan rambut lurus paras bahu, menurut kenyataan PDRM.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Insp Diana di talian 019-6369984 atau IPD Bintulu di +6086-318304.
#Kampung Baru Laut #kanak-kanak hilang #Nur Alert #Puteri Nurardiana Damia Qaisara Abdullah #rambut lurus paras bahu