Nur Shakinah, selamat, pulang ke bilik kediamannya di Paris - Ibu

Bernama
September 29, 2016 09:48 MYT
Nur Sakinah dilaporkan hilang selepas gagal pulang ke bilik kediamannya di Paris sejak Jumaat lalu. - Gambar fail
Pelajar Malaysia yang hilang di Paris sejak Jumaat lalu, Nur Shakinah Naim, 19, dilaporkan selamat dan pulang ke bilik kediamannya di Paris, tengah hari tadi.
Ibunya, Nor Halizah Ahmad, 43, berkata khabar gembira tersebut disampaikan oleh wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang datang ke rumahnya sebentar tadi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di rumahnya di Kampung Masjid, Tikam Batu di sini hari ini.
BACA: Pelajar Malaysia hilang di Perancis masih belum ditemui
BACA: Wisma Putra sah terima laporan kehilangan pelajar Malaysia di Perancis
Kehilangan Norshakinah pelajar Institute University of Technologi (IUT) Roanne di Paris, disedari rakan sebiliknya selepas telefon bimbit gadis berusia 19 tahun itu berdering tanpa henti dan tidak dijawab. - BERNAMA
#JPA #Kampung Masjid #Nor Halizah Ahmad #Nur Sakinah Naim #Paris #Tikam Batu