awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurul Izzah bantah pelantikan Rahim Noor

Sinar Harian
Sinar Harian
27/08/2018
09:26 MYT
Nurul Izzah bantah pelantikan Rahim Noor
Nurul Izzah menyifatkan Rahim (gambar) sebagai seorang penyerang ganas ke atas seorang lelaki tidak bersalah. -Gambar fail
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membantah pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu rundingan damai selatan Thailand.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menyifatkan Rahim sebagai seorang penyerang ganas ke atas seorang lelaki tidak bersalah.
"Saya tegas menentang pelantikan seorang penyerang ganas ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah, ketika matanya ditutup dan tangannya digari serta dibiarkan terlantar tanpa rawatan perubatan selama beberapa hari.
"Kemudiannya berbohong kepada seluruh dunia mengenai lokasi dan nasib mangsa. Malu ke atas mereka yang melakukan kekejaman itu," katanya di laman Twitternya, hari ini.
I unequivocally oppose this appointment of a brutal assaulter of an innocent man,as he lay there blindfolded & handcuffed - left w/out medical attn for days. This being then lied 2 d whole world as to d victims whereabouts & wellbeing. Shame on those who executed this travesty https://t.co/aqN3YQPtta
— Nurul Izzah (@n_izzah) August 27, 2018
Kenyataan Nurul Izzah dipercayai merujuk kepada insiden ‘mata lebam’ melibatkan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam tahanan polis pada 1998.
Abdul Rahim yang merupakan Ketua Polis Negara ketika itu telah memukul Anwar.
Abdul Rahim, 75, menggantikan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim yang sebelum ini dilantik kerajaan Malaysia pimpinan BN untuk menjadi fasilitator rundingan damai tersebut antara Mara Patani dan kerajaan Thailand.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zamzamin Hashim
#Anwar Ibrahim
#fasilitator
#Nurul Izzah
#penyerang ganas
#PKR
#Rahim Noor
#rundingan damai selatan Thailand
#terlantar tanpa rawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan