awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurul Izzah dan suami terus nafi laporan rumahtangga bergolak

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2014
09:50 MYT
Nurul Izzah dan suami terus nafi laporan rumahtangga bergolak
Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar terus menafikan dakwaan yang mengatakan beliau memfailkan permohonan cerai secara fasakh daripada suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan petang ini, Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir melahirkan rasa sedih dengan berita yang tersebar itu.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir menegaskan mereka berdua gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan yang dibina 10 tahun lepas.
"Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini. Keluarga kami menjadi keutamaan.
"Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini," kata Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir dalam kenyataan tersebut.
Sebelum ini Nurul Izzah turut menafikan pertanyaan mengenai berita tuntutan cerai itu di laman mikro twitter miliknya.
Bagaimanapun The Star Online melaporkan semakan di Mahkamah Syariah Jalan Duta mendapati naib presiden PKR itu memfailkan tuntutan cerai secara fasakh daripada suaminya Raja Ahmad Shahrir bulan lepas.
Sebutan pertama kes tersebut sepatutnya dibuat apada 20 Januari lepas (Isnin) namun difahamkan Raja Ahmad Shahrir memohon supaya kes tersebut ditangguh dan sebutan kes tersebut akan dibuat kembali pada 8 Februari depan.
Topic Berkaitan
#cerai
#fasakh
#Nurul Izzah Anwar
#Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan