Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis, IPCMC bagi menyiasat jika berlaku penglibatan mana-mana anggota yang terlibat dengan kes tembak yang berlaku kebelakangan ini.
Katanya, ia penting bagi memastikan kes jenayah itu tidak berulang pada masa akan datang dan mana-mana pihak tidak terkecuali daripada dikenakan sebarang tindakan.
"Apakah yang kerajaan akan lakukan supaya jenayah tidak berulang , kita wajib perlu ada satu siasatan independent yang khas melihat kepada kejadian ini,"
"Ini membawa kepada keperluan independent police complain and missconduct commission. Sesuatu yang telah Sanjeevan anjurkan sendiri dalam temuramah radio bersama BFM satu ketika dahulu," ujar beliau, semasa ditemui Astro Awani selepas melawat mangsa tembak, iaitu Pengasas Mywatch, Sanjeevan di Hospital Serdang.
Beliau juga melihat kurangnya keberkesanan siasatan dilakukan sebelum ini menyebabkan kejadian tembak berulang.
"Saya fikir tak cukup, setakat ini berapa banyak inkues kita adakan, apakah tindak balas. Saya masih ingat semasa kematian Aminurrasyid, begitu banyak kes, tapi akhirnya kita kata selagi tiada IPCMC," ujarnya.
Tambahnya, jenayah berkenaan semakin membimbangkan, dan ia menuntut kerajaan melakukan langkah yang lebih berkesan.
"Bagaimana nak mengheret mereka yang bertanggungjawab itu dan dilaksanakan tindakan yang sewajarnya. Kita, Pakatan Rakyat, tak mampu. Kita mahu satu badan bebas, "
"Jadi kalau hanya di bawah pantauan Ketua Polis Negara, pada saya sudah banyak buktikan ia tidak mencukupi," katanya.
Kerajaan sebelum ini menolak cadangan supaya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis, IPCMC ditubuhkan kerana tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan bertentangan dengan konsep keadilan.
Selain itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan penubuhan IPCMC tersebut jika dilaksanakan akan menyebabkan pertindihan kuasa dan undang-undang di antara agensi penguatkuasa sedia ada.
Rahimah Abdullah
Tue Jul 30 2013
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pastikan DUN Mahkota dapat wakil rakyat mampu berkhidmat - Nurul Izzah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu memastikan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mendapat seorang wakil rakyat yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.
PRK Sungai Bakap: PKR ambil kekalahan PH sebagai tekad bermuhasabah diri
PKR menyahut keputusan PRK Sungai Bakap malam tadi sebagai tekad untuk bermuhasabah diri.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden
PKR kini berdepan cabaran memastikan parti itu sentiasa relevan dalam setiap generasi khususnya golongan muda.
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI perkenalkan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI adalah titik tolak penting untuk memperkenal Kerajaan Perpaduan dan semua jentera agensi kerajaan untuk dikenali sebaiknya oleh rakyat.
Kekal kemenangan pada PRU akan datang, agenda dapat terus dilaksana - Nurul Izzah
Katanya, kemenangan itu harus bermula dengan Pilihan Raya Negeri Sabah yang dijangka diadakan tahun depan.
'Peratus keluar mengundi PRN rendah boleh dielak jika disekali dengan PRU15'
Nurul Izzah mengakui hakikat Pas telah berjaya menusuk kalbu anak-anak muda.
Nepostisme: Prinsip PM terhakis selepas tidur sebantal dengan UMNO dan BN? - Wan Saiful
Amalan nepotisme pernah ditentang Anwar Ibrahim dan rakan-rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan sebelum ini.
Hassan Marican pelawa Nurul Izzah ketuai Sekretariat Badan Penasihat Menteri Kewangan
Nurul Izzah Anwar dipelawa untuk mengetuai bersama sebuah sekretariat bagi menyokong Badan Penasihat Khas kepada Menteri Kewangan.
[KOLUMNIS] Hitam-putih kontroversi pelantikan Nurul Izzah
Rasulullah pernah melantik menantunya, Othman ibn Affan sebagai penjaga Madinah ketika baginda keluar memimpin tentera Islam di Badr.