awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Permohonan bantuan komputer riba siswa Johor sehingga 30 Julai
MALAYSIA
Remaja OKU dituduh bunuh lelaki warga emas
MALAYSIA
Guru wanita rugi RM890,000, ditipu sindiket 'phone scam'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2023
10:28 MYT
Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM
Kata Nurul Izzah, beliau akan menggunakan pengalaman dan kepakarannya ketika berkhidmat sebagai Ahli Parlimen untuk menambah baik ekonomi rakyat, selain mengembangkan bakat-bakat tempatan tidak kira di dalam mahupun luar negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa 3 Januari lalu.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat pendedahan itu dalam satu temu bual bersama akhbar The Star.
"Saya telah berkhidmat sebagai Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri, khusus dalam Ekonomi dan Kewangan berkuat kuasa 3 Januari 2023.
“Saya harap melalui pengalaman saya sebagai seorang Ahli Parlimen yang terlibat dalam pelbagai bidang seperti isu kemiskinan, teknikal serta pendidikan vokasional sejak empat dekad lalu mampu memberi manfaat dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, akauntabiliti dan dasar polisi negara,” kata beliau memetik laporan akhbar berkenaan.
Beliau juga berkata, salah satu matlamatnya adalah untuk mengembang dan memanfaatkan bakat-bakat tempatan yang cemerlang tidak kira dalam atau luar negara, serta menambah nilai kepada usaha sedia ada bagi menambah baik ekonomi rakyat.
Nurul Izzah sebelum ini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk dua penggal dari 2008 sebelum ke Permatang Pauh, namun nasib tidak menyebelahi beliau apabila tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu.
Topic Berkaitan
#penasihat kanan
#Ekonomi dan Kewangan
#Nurul Izzah Anwar
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami