GADGETS
NVIDIA dijangka kurangkan pengeluaran kad grafik gaming sehingga 40% pada 2026
Pengeluaran kad grafik gaming NVIDIA dijangka susut antara 30 hingga 40 peratus berbanding jumlah pengeluaran pada 2025. -Foto Amanz
HARGA telefon pintar, tablet dan komputer dijangka meningkat tahun hadapan berikutan kekurangan bekalan cip memori akibat permintaan tinggi daripada sektor pusat data kecerdasan buatan (AI).
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Situasi itu kini memberi kesan kepada industri gaming apabila NVIDIA dilaporkan akan mengurangkan pengeluaran kad grafik sehingga 40 peratus pada 2026.
Menurut laporan PCGamer yang memetik forum Board Channels di China, pengeluaran kad grafik gaming NVIDIA dijangka susut antara 30 hingga 40 peratus berbanding jumlah pengeluaran pada 2025.
Ini susulan isu bekalan memori yang sama sebelum ini menyebabkan NVIDIA tidak menjual kad grafik dengan komponen memori kepada pelanggan GPU mereka.
Sejak muncul sebagai peneraju cip AI, NVIDIA menjadi syarikat paling bernilai di dunia, manakala perniagaan GPU gaming tidak lagi menjadi tumpuan utama.
Segmen itu hanya menyumbang 8.7 peratus pendapatan syarikat tahun lalu.
Pengurangan pengeluaran dijangka tidak menjejaskan keuntungan NVIDIA, namun ia membuka peluang kepada AMD dan Intel untuk menarik perhatian komuniti gamer.
Pada suku ketiga 2025, NVIDIA menguasai 92 peratus pasaran kad grafik gaming global. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Kekurangan bekalan cip memori meramalkan akan naikkan harga telefon pintar, tablet, dan komputer pada tahun hadapan disebabkan oleh permintaan tinggi dari sektor pusat data kecerdasan buatan (AI).
- NVIDIA diramalkan akan merendahkan pengeluaran kad grafik gaming sehingga 40 peratus pada tahun 2026 berikutan isu bekalan memori yang sebelum ini telah menjejaskan jualan kad grafik kepada pelanggan GPU mereka.
- Walaupun pengurangan pengeluaran NVIDIA tidak dijangka memberi kesan terhadap keuntungan syarikat, ia memberi peluang kepada AMD dan Intel untuk menarik minat komuniti gamer dengan mengambil alih pasaran kad grafik gaming global yang sebelum ini dikuasai oleh NVIDIA.
Situasi itu kini memberi kesan kepada industri gaming apabila NVIDIA dilaporkan akan mengurangkan pengeluaran kad grafik sehingga 40 peratus pada 2026.
Menurut laporan PCGamer yang memetik forum Board Channels di China, pengeluaran kad grafik gaming NVIDIA dijangka susut antara 30 hingga 40 peratus berbanding jumlah pengeluaran pada 2025.
Ini susulan isu bekalan memori yang sama sebelum ini menyebabkan NVIDIA tidak menjual kad grafik dengan komponen memori kepada pelanggan GPU mereka.
Sejak muncul sebagai peneraju cip AI, NVIDIA menjadi syarikat paling bernilai di dunia, manakala perniagaan GPU gaming tidak lagi menjadi tumpuan utama.
Segmen itu hanya menyumbang 8.7 peratus pendapatan syarikat tahun lalu.
Pengurangan pengeluaran dijangka tidak menjejaskan keuntungan NVIDIA, namun ia membuka peluang kepada AMD dan Intel untuk menarik perhatian komuniti gamer.
Pada suku ketiga 2025, NVIDIA menguasai 92 peratus pasaran kad grafik gaming global. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa harga telefon pintar, tablet, dan komputer dijangka meningkat tahun hadapan?
A: Kenaikan harga tersebut dijangka berikutan kekurangan bekalan cip memori akibat permintaan tinggi dari sektor pusat data kecerdasan buatan. - Q: Apa kesan kepada industri gaming akibat pengurangan pengeluaran kad grafik oleh NVIDIA?
A: Pengurangan pengeluaran kad grafik oleh NVIDIA sehingga 40 peratus pada 2026 dijangka mempengaruhi industri gaming. - Q: Mengapa NVIDIA mengurangkan pengeluaran kad grafik gaming?
A: NVIDIA mengurangkan pengeluaran kad grafik gaming disebabkan oleh isu bekalan memori yang menyebabkan mereka tidak menjual kad grafik dengan komponen memori kepada pelanggan GPU mereka. - Q: Bagaimana pengurangan pengeluaran kad grafik NVIDIA boleh memberi peluang kepada AMD dan Intel?
A: Pengurangan pengeluaran kad grafik oleh NVIDIA membuka peluang kepada AMD dan Intel untuk menarik perhatian komuniti gamer. - Q: Berapakah penguasaan pasaran kad grafik gaming global oleh NVIDIA pada suku ketiga 2025?
A: Pada suku ketiga 2025, NVIDIA menguasai 92 peratus pasaran kad grafik gaming global.