GADGETS

NVIDIA dijangka perkenal semula GeForce RTX 3060 akibat kekurangan VRAM

Amanz 07/01/2026 | 05:45 MYT
GeForce RTX 3060 sebelum ini menjadi pilihan mampu milik dan berkuasa untuk permainan moden sebelum digantikan oleh siri RTX 4000 dan RTX 5000. -Foto Amanz
NVIDIA dilaporkan akan memperkenalkan semula model kad grafik GeForce RTX 3060 bagi menangani isu kekurangan bekalan memori VRAM untuk kad grafik gaming kelas pengguna.


Ringkasan AI
  • NVIDIA akan memperkenalkan semula model kad grafik GeForce RTX 3060 untuk menangani kekurangan bekalan memori VRAM dalam kad grafik gaming kelas pengguna.
  • GeForce RTX 3060 sebelum ini menjadi pilihan mampu milik dan berkuasa untuk permainan moden sebelum digantikan oleh siri RTX 4000 dan RTX 5000.
  • Kekurangan komponen VRAM GDDR7 yang digunakan pada siri RTX 5000 mendorong NVIDIA untuk menghasilkan semula RTX 3060 dengan memori GDDR6 yang masih banyak di pasaran.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Model GeForce RTX 3060 dan RTX 3060 Ti mula dilancarkan pada 2021 dengan memori GDDR6 12GB, diikuti versi 8GB pada 2022.

Ia pernah menjadi pilihan mampu milik dan berkuasa untuk permainan moden ketika era COVID-19, sebelum digantikan oleh siri RTX 4000 dan kini RTX 5000.

Bagaimanapun, kekurangan komponen VRAM GDDR7 yang digunakan pada siri RTX 5000 dilihat memaksa NVIDIA mempertimbangkan pengeluaran semula RTX 3060 yang menggunakan GDDR6, memori yang masih banyak di pasaran.

Setakat ini, tidak diketahui sama ada model baharu akan hadir dengan kapasiti 12GB atau 8GB, mahupun tarikh pelancarannya. -Amanz






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI



#NVIDIA #VRAM #GeForce RTX 3060 #kekurangan bekalan memori
Sila isi emel yang sah! Sila isi emel yang sah!
Terima kasih atas langganan anda
Terima kasih atas langganan anda