GADGETS
NVIDIA dilapor uji kemampuan faundri Intel 18A untuk cip AI
NVIDIA telah menjalankan ujian terhadap proses pembuatan cip Intel, tetapi keputusan penggunaan khidmat Intel bagi produk masa depan masih belum ditentukan. -Foto Amanz
INTEL dilaporkan sedang giat mencari pelanggan bagi menggunakan teknologi faundri 18A mereka untuk pengeluaran cip semikonduktor berprestasi tinggi, dan antara syarikat yang menguji keupayaan tersebut ialah NVIDIA.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut Reuters, NVIDIA telah menjalankan ujian terhadap proses pembuatan cip Intel, namun setakat ini belum memberi kata putus sama ada akan menggunakan khidmat Intel bagi produk masa depan.
Faundri 18A kini digunakan Intel untuk membangunkan cip pemprosesan sendiri termasuk Intel Core Ultra 300 “Panther Lake” dan Intel Xeon “Clearwater Forest” yang dijangka dilancarkan pada 2026.
Intel juga sedang berusaha menarik pelanggan baharu, tetapi banyak pihak menjangkakan mereka menunggu penambahbaikan proses seperti 18A-P dan 18A-PT sebelum memeterai sebarang komitmen.
Ketika ini, NVIDIA menggunakan khidmat TSMC untuk menghasilkan semua cip pemprosesan grafik kelas pengguna dan pusat data AI.
Intel turut mempunyai kerjasama dengan NVIDIA bagi menggabungkan cip pemprosesan mereka bersama GPU NVIDIA, namun projek itu berbeza daripada usaha menjadikan NVIDIA sebagai pelanggan faundri Intel.-Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- INTEL sedang mencari pelanggan untuk teknologi faundri 18A mereka guna pengeluaran cip semikonduktor berprestasi tinggi, dengan NVIDIA sebagai salah satu syarikat yang menguji keupayaan tersebut.
- NVIDIA telah menjalankan ujian terhadap proses pembuatan cip Intel, tetapi keputusan penggunaan khidmat Intel bagi produk masa depan masih belum ditentukan.
- Intel menggunakan Faundri 18A untuk cip pemprosesan sendiri seperti Intel Core Ultra 300 "Panther Lake" dan Intel Xeon "Clearwater Forest" yang dijangka dilancarkan pada 2026.
Menurut Reuters, NVIDIA telah menjalankan ujian terhadap proses pembuatan cip Intel, namun setakat ini belum memberi kata putus sama ada akan menggunakan khidmat Intel bagi produk masa depan.
Faundri 18A kini digunakan Intel untuk membangunkan cip pemprosesan sendiri termasuk Intel Core Ultra 300 “Panther Lake” dan Intel Xeon “Clearwater Forest” yang dijangka dilancarkan pada 2026.
Intel juga sedang berusaha menarik pelanggan baharu, tetapi banyak pihak menjangkakan mereka menunggu penambahbaikan proses seperti 18A-P dan 18A-PT sebelum memeterai sebarang komitmen.
Ketika ini, NVIDIA menggunakan khidmat TSMC untuk menghasilkan semua cip pemprosesan grafik kelas pengguna dan pusat data AI.
Intel turut mempunyai kerjasama dengan NVIDIA bagi menggabungkan cip pemprosesan mereka bersama GPU NVIDIA, namun projek itu berbeza daripada usaha menjadikan NVIDIA sebagai pelanggan faundri Intel.-Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan INTEL mencari pelanggan untuk teknologi faundri 18A mereka?
A: INTEL mencari pelanggan untuk menggunakan teknologi faundri 18A mereka bagi pengeluaran cip semikonduktor berprestasi tinggi. - Q: Syarikat manakah yang sedang menguji keupayaan teknologi faundri 18A INTEL?
A: NVIDIA adalah antara syarikat yang sedang menguji keupayaan teknologi faundri 18A INTEL. - Q: Apa yang dilakukan Intel bagi membangunkan cip pemprosesan sendiri?
A: Intel menggunakan Faundri 18A untuk membangunkan cip pemprosesan sendiri termasuk Intel Core Ultra 300 "Panther Lake" dan Intel Xeon "Clearwater Forest" yang dijangka dilancarkan pada 2026.