GADGETS
NVIDIA GeForce RTX 5060, GeForce RTX 5060 Ti diumum secara rasmi

NVIDIA mengumumkan kad grafik GeForce RTX 5060 Ti dan RTX 5060, masing-masing dengan GPU GB206-300 dan GB206-250. -Amanz
JIKA anda sedang menantikan penawaran kad grafik kelas pertengahan/mampu milik terbaru daripada NVIDIA, syarikat tersebut baru sahaja mengumumkan ketibaan kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5060 Ti dan GeForce RTX 5060.
Ringkasan AI
- NVIDIA mengumumkan kad grafik GeForce RTX 5060 Ti dan RTX 5060, masing-masing dengan GPU GB206-300 dan GB206-250.
- Kedua-dua kad grafik mempunyai TDP 180W dan sokongan teknologi DLSS 4 terbaru.
- Kad grafik ini akan dijual melalui rakan pembangun teknologi dengan harga permulaan $299 untuk RTX 5060 dan $1099 untuk komputer riba gaming, mulai Mei 2025.
Untuk kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5060, ia menggunakan cip grafik GB206-250 dengan 3840 teras CUDA dengan memori GDDR7 8GB dan juga mempunyai TDP 180W yang sama.
Cuma, tidak seperti model-model yang lebih berkuasa, kedua-dua kad grafik ini tidak akan hadir dengan model Founders Edition, jadi anda hanya boleh membelinya melalui rakan-rakan pembangun teknologi seperti ASUS, MSI, Gigabyte, ZOTAC dan sebagainya.
NVIDIA mengatakan bahawa kad grafik ini akan hadir dengan harga permulaan $299 untuk kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5060, manakala untuk komputer riba pula, kad grafik ini akan mula diperkenalkan pada komputer-komputer riba gaming dengan harga permulaan $1099.
Kedua-dua model kad grafik tersebut akan mula ditawarkan pada bulan Mei 2025 ini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami