Terkini: Kes Kematian pelatih Palapes UTM – Ikuti Perkembangan di Sini
GADGETS

NVIDIA perkenal Jetson Thor, otak baharu robot humanoid dan kenderaan swapandu

Amanz 26/08/2025 | 09:20 MYT
Jetson Thor menggunakan GPU Blackwell, menjadikannya 7.5 kali lebih berkuasa dalam pemprosesan AI dan 3.1 kali lebih pantas dari segi CPU berbanding generasi sebelumnya. -Amanz
NVIDIA Jetson Thor dilancarkan lewat malam tadi sebagai superkomputer yang berfungsi sebagai otak digunakan pada robot berbentuk manusia.


Ringkasan AI
  • NVIDIA melancarkan Jetson Thor sebagai superkomputer baharu untuk robot berbentuk manusia, menggantikan Jetson Orin yang dilancarkan empat tahun lalu.
  • Jetson Thor menggunakan GPU Blackwell, menjadikannya 7.5 kali lebih berkuasa dalam pemprosesan AI dan 3.1 kali lebih pantas dari segi CPU berbanding generasi sebelumnya.
  • Ia digunakan oleh syarikat seperti Amazon, Meta, Caterpillar dan institusi seperti Stanford dan Carnegie Mellon, serta turut hadir dalam versi untuk kenderaan swapandu melalui NVIDIA Drive AGX Thor.


Ia menggantikan Jetson Orin. yang dilancarkan empat tahun lalu.

Ia menggunakan GPU Blackwell yang menjadikannya 7.5 kali ganda lebih berkuasa dalam pemproses kecerdasan buatan (AI) serta 3.1 kali CPU lebih pantas berbanding Jetson generasi sebelumnya.

Kuasa lebih tinggi ini menurut NVIDIA membolehkan robot berbentuk manusia beroperasi dan berfikir lebih pantas secara masa nyata sekali gus memberikan kemampuan beroperasi secara berdikari.

Antara pelanggan awal Jetson Thor ialah Amazon, Meta, Caterpillar dan Agility Robotics.

Ia juga digunakan oleh Universiti Stanford, Carnegie Mellon, dan University of Zurich dalam pembangunan robot.

Turut diumumkan ialah NVIDIA Drive AGX Thor, sebuah kit dengan komponen yang sama tetapi untuk pembangunan kenderaan swapandu. -Amanz






#NVIDIA #Jetson Thor #robot berbentuk manusia #Jetson Orin