GADGETS

NVIDIA pintas Apple sebagai syarikat kedua paling bernilai di dunia

Amanz 19/05/2025 | 00:50 MYT
Dengan trend pasaran masih lagi menunjukkan trend positif, tidak mengejutkan jika NVIDIA akan memintas Microsoft minggu ini. - Gambar hiasan
NILAI saham NVIDIA melonjak naik minggu lalu selepas pentadbiran Trump membatalkan halangan pembelian cip kecerdasan buatan (AI) oleh negara global serta pelaburan ratusan bilion pusat data AI di Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.
Nilai pasaran mereka kembali mencecah $3 trilion dan hari ini NVIDIA memintas Apple sebagai syarikat kedua paling bernilai di dunia.
Ketika artikel ditulis, NVIDIA mempunyai nilai pasaran $3.302 trilion (~RM 14.18 trilion) di hadapan Apple yang bernilai $3.155 trilion (~RM 13.55). Microsoft masih gah di mercu dengan nilai pasaran $3.376 trilion.
Dengan trend pasaran masih lagi menunjukkan trend positif, tidak mengejutkan jika NVIDIA akan memintas Microsoft minggu ini.
Kali pertama NVIDIA menduduki tempat ini ialah pada November 2024 diapungkan oleh pelbagai laporan pembelian cip AI oleh syarikat teknologi seperti Meta, Google, Microsoft dan xAI.
#NVIDIA #Microsoft #Apple #syarikat teknologi