GADGETS

NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global

Amanz 06/02/2026 | 07:00 MYT
NVIDIA tidak akan melancarkan sebarang kad grafik gaming baharu pada tahun ini, disebabkan oleh kekangan global dalam bekalan RAM serta permintaan tinggi untuk GPU AI. -Foto Amanz
NVIDIA tidak akan melancarkan sebarang kad grafik gaming baharu pada tahun ini, menurut laporan The Information.


Ringkasan AI
  • NVIDIA tidak akan melancarkan sebarang kad grafik gaming baharu pada tahun ini, disebabkan oleh kekangan global dalam bekalan RAM serta permintaan tinggi untuk GPU AI.
  • Syarikat mengurangkan pengeluaran siri RTX 5000 serta menangguhkan siri RTX 5000 Super akibat krisis memori ini, yang juga menyebabkan peningkatan harga peranti pengguna seperti telefon pintar, tablet, dan komputer.
  • Pengguna perlu bersabar menanti generasi seterusnya daripada NVIDIA, yang dijangka akan tiba sekitar 2028, sementara syarikat memberi tumpuan kepada pengeluaran GPU AI yang lebih menguntungkan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Langkah ini menandakan pertama kali dalam tempoh tiga dekad syarikat tidak memperkenalkan generasi atau kemas kini GPU baharu.

Kekurangan RAM global yang didorong oleh permintaan pusat data kecerdasan buatan (AI) memaksa NVIDIA memberi keutamaan kepada pengeluaran GPU AI berbanding kad grafik gaming.

Situasi ini turut menyebabkan syarikat mengurangkan pengeluaran siri RTX 5000 sedia ada serta menangguhkan siri RTX 5000 Super.

Siri RTX 6000 generasi seterusnya yang menggunakan seni bina Rubin, yang sebelum ini dijangka memasuki fasa pengeluaran pada penghujung 2027, kini dilaporkan hanya akan tiba sekitar 2028 berikutan kekurangan memori yang berterusan.

Krisis memori ini turut memberi kesan meluas kepada industri peranti pengguna dengan peningkatan harga telefon pintar, tablet dan komputer.

Selain itu, Valve juga menangguhkan pelancaran Steam Machine kerana kos komponen yang melonjak.

Dengan tiadanya pelancaran GPU gaming baharu tahun ini, pengguna perlu menunggu lebih lama sebelum melihat generasi seterusnya daripada NVIDIA, sementara syarikat terus mengutamakan segmen AI yang lebih menguntungkan. -Amanz





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapa NVIDIA tidak akan melancarkan sebarang kad grafik gaming baharu pada tahun ini?
    A: NVIDIA memberi keutamaan kepada pengeluaran GPU AI berbanding kad grafik gaming disebabkan oleh kekurangan RAM global yang didorong oleh permintaan pusat data kecerdasan buatan (AI).
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh NVIDIA berikutan kekurangan memori global?
    A: NVIDIA mengurangkan pengeluaran siri RTX 5000 sedia ada serta menangguhkan siri RTX 5000 Super, manakala siri RTX 6000 generasi seterusnya dilaporkan akan tiba pada sekitar 2028 berbanding penghujung 2027 seperti yang dirancang sebelum ini.
  • Q: Bagaimanakah krisis memori ini memberi kesan kepada industri peranti pengguna?
    A: Krisis memori ini menyebabkan peningkatan harga telefon pintar, tablet, dan komputer serta Valve menangguhkan pelancaran Steam Machine disebabkan oleh kos komponen yang melonjak akibat kekurangan memori.



#NVIDIA #kad grafik gaming #GPU AI #RTX 5000