GADGETS
  
            Nvidia-YTL Power lakar pencapaian cemerlang kemajuan AI
Pertemuan Anwar dan Huang berlangsung di sela-sela Mesyuarat Pemimpin APEC yang bermula hari ini, turut dihadiri Menteri MITI, Tengku Zafrul. - PMO
            
      GYEONGJU, Korea Selatan: Kemajuan signifikan yang dicapai melalui kerjasama antara Nvidia Corporation dan YTL Power International Bhd dalam membangunkan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di Malaysia dilihat sebagai pemangkin untuk mempercepatkan usaha AI negara demi manfaat semua rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa sama turut menzahirkan ucapan tahniah kepada kedua-dua syarikat atas pencapaian penting ini yang direalisasikan dalam tempoh hanya 22 bulan.
“Malaysia berhasrat menjadi negara peneraju AI menjelang 2030, memanfaatkan teknologi AI untuk meningkatkan produktiviti, memperkukuh perkhidmatan awam serta membina ekonomi digital yang mampan, inklusif dan beretika.
“Penubuhan AI berdaulat adalah sangat penting dalam membangunkan ekosistem digital yang selamat dan dipercayai,” kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan, dalam kenyataan selepas bertemu pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang, serta Pengarah Urusan YTL Power, Datuk Seri Yeoh Seok Hong.
Pertemuan itu berlangsung di sela-sela Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang bermula hari ini. Turut hadir ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
               
Ini merupakan pertemuan kedua Anwar dengan Huang selepas pertemuan pertama mereka di Putrajaya pada Disember 2023.
Antara pencapaian utama yang diketengahkan ialah kejayaan menyiapkan pusat data AI berteknologi tinggi milik YTL Power dengan kerjasama Nvidia di Taman Pusat Data Hijau YTL seluas 600MW di Kulai, Johor.
Kemudahan ini, yang menggunakan unit pemprosesan grafik (GPU) NVL72 Grace Blackwell (GB200) dengan sistem penyejukan cecair, bersama ILMU — model bahasa besar pertama Malaysia — menandakan langkah besar ke arah membina AI berdaulat negara.
Pada Julai tahun lalu, kedua-dua syarikat mengumumkan rancangan membangunkan infrastruktur AI berasaskan tenaga hijau di Malaysia dengan pelaburan bernilai RM10 bilion.
Menurut MITI, Malaysia telah mencatat kemajuan besar dalam aspirasi menjadi negara AI. Antara inisiatif termasuk pelancaran Pejabat AI Kebangsaan di bawah Kementerian Digital pada Disember tahun lalu, pembangunan Awan AI Berdaulat, serta pelbagai program untuk memperluas penggunaan dan kemahiran AI di sektor awam dan swasta.
Malaysia turut memperkenalkan ILMU pada Sidang Kemuncak AI ASEAN Ogos lalu.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan telah memperuntukkan RM5.9 bilion dalam Belanjawan 2026 bagi memperkukuh sektor AI negara.
“Pelaburan besar ini menegaskan komitmen kami untuk meletakkan Malaysia sebagai hab serantau utama bagi inovasi AI dan kecemerlangan pusat data.
“Kami akan terus menggalakkan pelaburan strategik dalam infrastruktur AI, memacu misi kami untuk mendahului transformasi digital.
“Selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Negara, kami mempercepatkan penerapan dan integrasi AI dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan — memperkasa industri untuk meningkatkan produktiviti, daya saing dan relevansi global,” katanya.