awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama beri penghormatan di Makam Pahlawan, Masjid Negara

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2014
04:43 MYT
Obama beri penghormatan di Makam Pahlawan, Masjid Negara
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, hari ini melawat ke Masjid Negara dan Makam Pahlawan, menjadikan beliau Presiden negara yang pertama untuk berbuat demikian.
Obama disambut oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad pada pukul 9.45 pagi dan dibawa melawat ke ruang solat utama Masjid Negara.
Sejurus itu, Obama dibawa ke Makam Pahlawan di mana bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan Tun Ghafar Baba telah disemadikan.
Obama kemudian memberikan penghormatan kepada negarawan Malaysia itu.
Obama turut diiringi oleh Pegawai Perhubungan Awam Masjid Negara, Abdul Rasyid Mohd Isa, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan wakil khas Amerika Syarikat ke Pertubuhan Persidangan Islam, Rashad Hussain.
Beliau mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya sebelum merasmikan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya petang nanti.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Masjid Negara
#Obama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan