Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi penghormatan untuk berucap pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN di Sunnylands, California Isnin ini (Selasa di Malaysia).
Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat (AS), Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pada Rabu (Khamis di Malaysia) bahawa Kuala Lumpur diberi penghormatan itu sejajar dengan peranannya sebagai negara penyelaras hubungan AS-ASEAN bagi penggal 2015-2018.
Presiden AS Barack Obama juga dijadual menyampaikan ucapan pembukaan, di samping Perdana Menteri Thongsing Thammavong dari Laos, negara yang kini menjadi pengerusi ASEAN.
"Malaysia mempunyai peranan penting untuk dilaksanakan sebagai negara penyelaras bagi hubungan AS-ASEAN," kata Awang Adek kepada wartawan Malaysia di sebuah hotel di sini.
Beliau berkata ini merupakan julung kalinya Sidang Kemuncak AS-ASEAN diadakan di luar negara anggota ASEAN, sekali gus mencerminkan kepentingan hubungan AS-ASEAN, yang dinaik taraf kepada perkongsian strategik tahun lepas.
Awang Adek berkata jumlah dagangan AS-ASEAN mencapai AS$212.4 bilion (kira-kira RM892 bilion) pada 2014, yang meningkat 2.7 peratus berbanding pada 2013 manakala pelaburan AS pula berjumlah AS$13 bilion (kira-kira RM54.6 bilion) pada 2014.
Ketika menjelaskan kepentingan hubungan antara kedua-dua pihak dalam bidang ekonomi, beliau berkata AS merupakan rakan perdagangan keempat terbesar bagi ASEAN dan pelabur asing terbesar bagi pertubuhan 10 negara Asia Tenggara itu.
Hakikat bahawa sidang kemuncak dua hari itu diadakkan di Sunnylands, yang juga disebut sebagai 'Camp David of the West', menunjukkan bahawa Washington amat mementingkan hubungannya dengan ASEAN, katanya.
Untuk rekod, Obama menggunakan venue yang sama untuk mengadakan perjumpaan dengan Presiden China Xi Jinping pada 2013.
Awang Adek berkata beliau percaya Washington akan meneruskan dasar sedia ada terhadap ASEAN selepas berakhirnya penggal Pentadbiran Obama akhir tahun ini kerana AS mempunyai kepentingan strategik di rantau berkenaan dari segi kemakmuran ekonomi, keamanan, keselamatan dan kestabilan.
Awang Adek berkata pada sidang kemuncak itu, Obama dan 10 pemimpin ASEAN akan membincangkan langkah yang boleh diambil AS untuk memudahkan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN melalui inovasi dan keusahawanan.
Katanya, mereka juga akan menyentuh tentang isu keganasan, jenayah rentas sempadan serta keamanan dan keselamatan di rantau Asia Pasifik.
Najib juga dijangka mengetengahkan isu berkaitan keusahawanan belia, wanita dan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) pada perbincangan yang akan diadakan.
Satu dokumen, yang mencerminkan prinsip para pemimpin berkenaan untuk meneruskan perkongsian strategik mereka, dijangka dikeluarkan pada akhir sidang kemuncak ini.
Najib akan disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed ke sidang kemuncak ini.
ASEAN dianggotai Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Dalam lawatan kerja beliau selama seminggu ke AS mulai Khamis, Najib juga dijadual mengadakan perjumpaan dengan diaspora dan pelajar Malaysia di bandar raya ini, sebelum ke Sunnylands untuk menghadiri sidang kemuncak tersebut.
Awang Adek berkata, selepas menghadiri sidang kemuncak itu, Najib akan ke San Francisco untuk mengadakan perjumpaan dengan pengurus dana dan kapten industri serta melawat dua syarikat teknologi gergasi dunia – Apple Inc dan Tesla Motors bagi menarik lebih banyak pelaburan serta teknologi terkini ke
Malaysia.
Sementara itu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dijadual melawat Hospital Kanak-kanak Los Angeles di sini pada Isnin (Selasa di Malaysia) dan Academic Talent of the University of California, Berkeley di San Francisco pada Rabu (Khamis di Malaysia).
Bernama
Thu Feb 11 2016
Selain Najib, Obama juga dijadual menyampaikan ucapan pembukaan pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN di Sunnylands, California minggu hadapan. - Foto AP/Fail
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Obama, Najib akan berucap pada Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN
Kuala Lumpur diberi penghormatan itu sejajar dengan peranannya sebagai negara penyelaras hubungan AS-ASEAN bagi penggal 2015-2018.