awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama terlepas peluang kongsi dasar baharu AS, kata Najib

Bernama
Bernama
07/10/2013
11:00 MYT
Obama terlepas peluang kongsi dasar baharu AS, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Presiden AS Barack Obama terlepas peluang untuk berkongsi pendapat tentang dasar baharu AS terhadap Asia semasa Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2013.
Obama yang turut menangguhkan lawatannya ke Malaysia, tidak dapat hadir ke Apec 2013 berikutan masalah dalaman negaranya.
"Saya dan semua rakyat Malaysia amat menantikan lawatan Presiden Obama ke Malaysia kerana beliau mempunyai ramai peminat di Malaysia dan tentunya beliau dibesarkan di Indonesia jadi beliau biasa dengan bahagian sebelah sini dunia.
"Tetapi lebih daripada itu, kami melihat kepentingan strategik yang dilakukannya. Pengumuman polisi baru yang cenderung ke arah Asia, dan ini merupakan peluang keemasan untuk Amerika dan Presiden Obama sendiri menunjukkan kepimpinan dalam konteks penekanan baharu terhadap Asia," katanya ketika Sidang Kemuncak CEO Apec hari ini.
"Apabila beliau menelefon saya, saya memberitahu Presiden Obama bahawa saya faham (masalah dalaman di Amerika Syarikat) dan berkata bahawa saya akan melakukan perkara yang sama jika saya berada di tempat beliau.
"Ancaman yang lebih besar adalah 17 Okt, apabila siling hutang harus disemak untuk mengelakkan akibat yang lebih buruk," tambah Najib.
Najib mengambil bahagian dalam satu sesi "Melabur Untuk Daya Tahan Ekonomi -Satu Perbincangan dengan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Mexico Enrique Pena Neito" yang dikendalikan oleh Editor Kanan, Bloomberg Businessweek, Diane Brady.
Topic Berkaitan
#APEC
#najib
#Obama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan