oBike beri manfaat kepada pengguna? Tepuk dada tanya selera

Zaim Ibrahim
Februari 28, 2018 05:56 MYT
Akibat sikap tidak bertanggungjawab, oBike yang sepatutnya digunakan sebagai kemudahan awam telah dirosakkan tanpa belas kasihan. Sumber foto Pembaca Astro AWANI/Mohd Hafiz Husin
Kewujudan perkhidmatan perkongsian tanpa stesen, oBike memberi kemudahan kepada masyarakat di sekitar Lembah Klang untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
Perkhidmatan yang diperkenalkan tahun lepas ini mampu memberi satu alternatif pengangkutan kepada masyarakat untuk berbasikal jika tempat yang ingin dituju sedang menghadapi kesesakan lalu lintas.
Di universiti awam, perkhidmatan oBike turut mendapat sambutan hangat bagi pelajar yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.
Persoalannya, sejauh mana basikal oBike memberi manfaat kepada rakyat di negara kita?
Hasil undian di Twitter di laman media sosial Astro AWANI yang melibatkan sejumlah 2,408 individu mendedahkan majoriti sejumlah 52 peratus pengundi memilih 'tidak” dan selebihnya memilih 'ya'.

O'Bike benar-benar bermanfaat untuk pengguna? @501Awani

— Izwar AWANI (@izwarwahid) February 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kaji selidik ringkas ini turut memberi pelbagai reaksi netizen:

bermanfaat tapi kena kuatkan undang undang untuk pengguna. buatlah hukuman jika menyalahgunakan Oike tu

— is (@mnislm) February 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sebagai pengguna, ianya bermanfaat bagi orang yang ingin beriadah namun tak mempunyai basikal. Saya sendiri beberapa kali ke putrajaya untuk menggunakan obike/ofo mengelilingi kawasan monumen alaf baru untuk riadah.

— muhdzahari.psb (@muhdzahari) February 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Manfaat tapi manusia salah guna dan tak reti letak kat tempat yang disediakan

— Peanut. (@iTzAmiruleZ) February 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Disebabkan sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan kurang kesedaran sivik, basikal kuning ini menjadi mangsa vandalisme.
Beberapa buah basikal didapati ditukar warna, komponen dicuri dan ada yang 'tamat' riwayat akibat dicampak ke dalam tasik.
“Saya berpendapat, kurangnya kesedaran sivik mengakibatkan perkara ini berlaku,”jelas seorang pereka grafik, yang hanya dikenali sebagai Wong, ketika ditemui oleh Astro Awani, baru-baru ini.
Arkitek yang mesra dengan panggilan Syahrul Nizam menzahirkan kekecewaannya dengan senario ini, apatah lagi menurutnya kemudahan yang diberikan sepatutnya dihargai untuk kegunaan masyarakat di negara ini.
Terdapat beberapa pembaca yang berkongsikan keadaan basikal oBike yang telah dirosakkan oleh ‘tangan-tangan jahat’.
Basikal Obike dijumpai didalam sebuah rumah sebagai kepunyaan sendiri di Damansara. (sumber- foto Pembaca Astro AWANI/Hafifi Haris)
Seorang pengguna Facebook menjumpai basikal oBike yang dibuang ke dalam Tasik Putrajaya.- Sumber foto Pembaca Astro AWANI/Hafiz Hardy
Seorang pengguna Facebook, Darul Azzuan Rosman mengaku yang aduan demi aduan telah dibuat kepada pihak Obike mengenai hal ini.
Walaupun begitu, tiada tindakan lanjut dijalankan oleh pihak oBike.
Kes ini tidak patut dipandang ringan oleh masyarakat dan tidak dibendung di peringkat awal, pastinya akan menjadi kronik.
#basikal #kaji selidik #Kuning #Lembah Klang #media sosial #netizen #oBike #Putrajaya #tanggungjawab #Vandalisme