awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Objek disyaki bom lama ditemui di Kampung Pisang bukan bom sebenar - Polis

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
22/05/2021
11:12 MYT
Objek disyaki bom lama ditemui di Kampung Pisang bukan bom sebenar - Polis
Objek disyaki bom lama atau Unexploded Ordnance (UXO) yang ditemui di Kampung Pisang, Simpang Renggam, pada Rabu lalu bukan bom sebenar. - Foto ihsan Polis Johor
KLUANG: Objek disyaki bom lama atau Unexploded Ordnance (UXO) yang ditemui di Kampung Pisang, Simpang Renggam, pada Rabu lalu bukan bom sebenar.
Melalui hantaran di Facebook, Polis Johor memaklumkan pemeriksaan lanjut oleh pasukan Unit Pemusnahan Bom (UPB) mendapati objek yang disyaki bom itu adalah amunisi yang tidak mengandungi sebarang bahan letupan yang berbahaya.
Katanya UPB Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama-sama UPB IPD Kluang menjalankan tindakan menyelamat objek terbabit.
"Dalam kejadian pada 1.30 petang itu, penemuan UXO di tempat kejadian adalah hasil daripada kerja-kerja pembersihan kebun oleh penduduk tempatan di situ.
"Pihak polis Johor mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan penduduk kampung yang sedar akan bahaya penemuan objek yang menyerupai bom lama zaman perang dunia dahulu.
"Sekiranya orang ramai menjumpai objek yang mencurigakan atau dipercayai bom, sila lapor dalam kadar segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan dan siasatan lanjut," kata kenyataan itu.
Malah, orang ramai diingatkan juga supaya tidak mengusik, menggerakkan mahupun mengalih jika menjumpai objek seumpamanya bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
Topic Berkaitan
#bom lama
#UXO
#Unexploded Ordnance
#kampung pisang
#polis johor
#Kluang
#Unit Pemusnahan Bom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan