awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Nasi ambeng... Satu dulang seribu makna
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Objek hanyut seakan piring terbang itu boya - Jabatan Laut

Bernama
Bernama
09/12/2021
22:30 MYT
Objek hanyut seakan piring terbang itu boya - Jabatan Laut
Objek besar yang ditemui terdampar di Pantai Geting adalah alat bantuan pelayaran yang dikenali sebagai pelampung pandu atau boya. -Bernama
TUMPAT: Jabatan Laut Malaysia (JLM) menjelaskan objek besar yang ditemui terdampar di Pantai Geting di sini, 6 Dis lepas adalah alat bantuan pelayaran yang dikenali sebagai pelampung pandu atau boya.
Menurut satu kenyataan dikeluarkan JLM semalam, boya itu berfungsi sebagai penunjuk arah selamat di alur pelayaran yang menjadi panduan navigasi kepada kapal, bot dan lain-lain pengguna pengangkutan air di kawasan berkenaan.
Difahamkan, peralatan milik JLM itu ditempatkan di muara Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu, tetapi hanyut akibat ombak kuat dan air pasang besar baru-baru ini.
Sehubungan dengan kejadian itu, Bahagian Pengurusan Trafik dan Bantuan Pelayaran (BPTBP) Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur (JLMWT) telah mengarahkan Ketua Pejabat Laut Kuala Besar, Kota Bharu supaya menyiasat kejadian itu.
Satu laporan polis juga telah dibuat di Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat ekoran kejadian itu dan kerja-kerja memindahkan boya berkenaan ke Jeti Pejabat Laut Kuala Besar telah selesai dilakukan semalam.
Penemuan objek itu di tepi Pantai Geting yang tular Isnin lepas menimbulkan pelbagai spekulasi orang ramai termasuk ada yang menganggapnya sebagai piring terbang serta mengaitkannya dengan makhluk asing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#boya
#pelampung pandu
#Jabatan Laut
#Pantai Geting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan