IPOH: Sebanyak 192 kes direkodkan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan bagi membendung perdagangan, pencerobohan dan perburuan hidupan liar tanpa permit sejak Januari hingga September tahun ini berbanding 206 kes bagi tempoh sama, tahun lepas.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata seramai 175 individu turut ditahan menerusi operasi berkenaan sejak Januari hingga September tahun ini berbanding 243 orang bagi tempoh sama, tahun lepas.
"Operasi (OBK) yang dilancarkan pada suku tahun ketiga 2019 itu berjaya menonjolkan aspek penguatkuasaan amat efektif sepanjang dilaksanakan bagi membendung perdagangan, pencerobohan dan pemburuan hidupan liar secara haram," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat OBK Siri ke-14 bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) JKDM Datuk Sazali Mohamad dan Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.
Hazani berkata rampasan barang kes OBK sejak Januari hingga September tahun ini berjumlah RM40.282 juta, menurun 53.16 peratus berbanding RM85.996 juta dicatatkan dalam tempoh sama pada 2022.
"Statistik ini membuktikan kejayaan signifikan sepanjang operasi berkenaan berlangsung selain memberi impak positif dalam pemuliharaan flora dan fauna negara," katanya.
Sementara itu, Abdul Kadir berkata bagi operasi rondaan hutan, sebanyak sembilan siri operasi rondaan di lapangan dilaksanakan setakat bulan lepas di Semenanjung.
Beliau berkata hasil daripada rondaan, sebanyak 181 jerat hidupan liar dan 47 khemah pendatang tanpa izin telah berjaya dimusnahkan selain mengenal pasti 36 kesan tebangan pokok karas dan 485 kesan pencerobohan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
Hazani berkata seramai 175 individu turut ditahan menerusi operasi berkenaan sejak Januari hingga September tahun ini berbanding 243 orang bagi tempoh sama, tahun lepas. - Gambar Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
OBK: 192 kes direkod, nilai rampasan RM40.282 juta
Hazani berkata rampasan barang kes OBK sejak Januari hingga September tahun ini berjumlah RM40.282 juta, menurun 53.16 peratus berbanding RM85.996 juta dicatatkan dalam tempoh sama pada 2022.