awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#OccupyUM akan diteruskan dengan kebenaran HEP - GANYANG

Izza Izelan
Izza Izelan
07/11/2014
00:36 MYT
#OccupyUM akan diteruskan dengan kebenaran HEP - GANYANG
#OccupyUM dianjur susulan pendakwaan lapan pelajar yang terlibat dengan penganjuran 'Pidato Umum Anwar Ibrahim 40 Tahun: Dari UM ke Penjara'. -Gambar fail
Perhimpunan aman #OccupyUM anjuran Mahasiswa Ganyang Akta Hasutan (GANYANG) akan diteruskan dengan kebenaran oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya (UM).
Menurut jurucakap kumpulan pelajar tersebut, Adrian Lim, 22, kebenaran telah diberikan oleh pihak Universiti Malaya untuk perhimpunan awam tersebut dijalankan, asalkan ia tidak melanggar sebarang undang-undang dan tidak mengganggu sesi pembelajaran pelajar lain.
Mengikut kebenaran yang diberikan, perhimpunan aman tersebut akan dijalankan bermula jam 9 pagi, 7 November 2014, di Kompleks Perdana Siswa (KPS).
Ketika ditanya sekiranya pihak polis akan terlibat untuk memantau keadaan, Adrian menyatakan bahawa pihak polis hanya akan terlibat sekiranya dihubungi oleh pihak universiti.
Adrian turut menegaskan bahawa pihaknya akan memastikan segala peraturan dipatuhi ketika perhimpunan aman itu dijalankan.
Kumpulan mahasiswa diwakili 11 universiti awam dan swasta ini, menjangkakan lebih kurang 100 orang akan hadir dan terlibat dari kalangan mahasiswa dan juga orang awam, namun turut berharap ia mendapat sambutan lebih daripada angka jangkaan.
Perhimpunan aman #OccupyUM dijalankan susulan pendakwaan lapan pelajar yang terlibat dengan penganjuran 'Pidato Umum Anwar Ibrahim 40 Tahun: Dari UM ke Penjara' tanpa kebenaran di premis Universiti Malaya minggu lalu.
Topic Berkaitan
#GANYANG
#Occupy
#perhimmpunan
#UM
#universiti malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan