MALAYSIA
OIC kecam rancangan Israel kuasai sepenuhnya Semenanjung Gaza
OIC mengecam keras rancangan Israel untuk mengenakan kawalan ketenteraan penuh ke atas Gaza, menyifatkannya sebagai tindakan berbahaya dan pelanggaran undang-undang antarabangsa.
HAMILTON: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa mengecam keras rancangan Israel untuk mengenakan kawalan ketenteraan sepenuhnya ke atas Semenanjung Gaza, menyifatkannya sebagai "tindakan berbahaya dan tidak dapat diterima," lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
"Kumpulan OIC menyatakan kecaman keras dan penolakan mutlak terhadap pengumuman Israel berhubung hasratnya untuk mengenakan kawalan ketenteraan sepenuhnya ke atas Semenanjung Gaza," kata Timbalan Wakil Tetap Turkiye ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Asli Guven, pada sidang akhbar di ibu pejabat PBB di New York, ketika Turkiye mempengerusikan majlis menteri OIC.
Beliau menyifatkan langkah itu sebagai "pelanggaran nyata undang-undang antarabangsa dan cubaan mengukuhkan pendudukan haram serta memaksakan fakta melalui kekerasan."
"Kami menuntut penghentian segera dan menyeluruh pencerobohan Israel terhadap Semenanjung Gaza," katanya, sambil menuntut Israel "segera dan tanpa syarat membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan secara besar-besaran ke Semenanjung Gaza, termasuk makanan, ubat-ubatan dan bahan api."
Ketika ditanya mengenai pembunuhan wartawan baru-baru ini, Guven berkata: "Kami amat bersetuju dengan pandangan anda, khususnya mengenai pembunuhan wartawan. Ini adalah dasar yang disengajakan untuk menutup mulut wartawan, namun kita semua sedar bahawa kebenaran tidak dapat dibisukan.
"Sebenarnya, saya juga berbesar hati untuk mengumumkan bahawa menteri saya (Hakan Fidan) telah mengarahkan delegasi OIC di New York memulakan mesyuarat luar biasa kumpulan OIC bagi membincangkan langkah seterusnya yang boleh diambil berhubung perkara ini."
Perwakilan Tetap Palestin ke PBB, Riyad Mansour, menggesa semua negara dan institusi antarabangsa "mengambil langkah lanjut untuk memaksa Israel mematuhi kewajipannya."
"Majlis Keselamatan mempunyai alat yang boleh digunakannya jika mereka mahu bertindak sewajarnya, namun negara-negara secara kapasiti nasional masing-masing juga boleh mengambil langkah," tambahnya.
Mansour turut mengalu-alukan tindakan "praktikal" terbaru Eropah dalam menyokong rakyat Palestin dan menggesa agar ia "dilengkapkan oleh semua negara lain bagi memastikan Israel mematuhi undang-undang."
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- OIC mengecam keras rancangan Israel untuk mengenakan kawalan ketenteraan penuh ke atas Gaza, menyifatkannya sebagai tindakan berbahaya dan pelanggaran undang-undang antarabangsa.
- Turkiye sebagai pengerusi OIC menuntut penghentian segera pencerobohan Israel dan kemasukan bantuan kemanusiaan tanpa syarat ke Gaza.
- Wakil Palestin ke PBB menggesa tindakan tegas oleh negara dan institusi antarabangsa untuk memaksa Israel mematuhi undang-undang, sambil menyambut sokongan praktikal dari Eropah.