awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OIC, WIEF perlu jadi saluran bangunkan ekonomi Palestin - Bastien

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2021
07:42 MYT
OIC, WIEF perlu jadi saluran bangunkan ekonomi Palestin - Bastien
Bastien (gambar) berkata aktiviti lawatan ke Palestin bagi memantau perkembangan bantuan-bantuan tersebut harus dilakukan secara berskala. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu menjadi platform untuk membantu menyalurkan bantuan masyarakat Islam dunia kepada Palestin termasuk dari segi ekonomi, pembangunan, keselamatan serta pendidikan.
Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn dalam satu kenyataan hari ini berkata aktiviti lawatan ke Palestin bagi memantau perkembangan bantuan-bantuan tersebut harus dilakukan secara berskala.
Ia bagi menunjukkan kesungguhan masyarakat Islam dunia bagi mengembalikan keselamatan dan perkembangan Palestin agar dapat dipantau rapat, tambahnya.
Kenyataan Bastien menyusul susulan daripada keganasan Israel, pencerobohan dan pendudukan kuasa oleh Israel di Wilayah Palestin terutamanya di Al-Quds Al- Shareef.
"Malaysia, Indonesia dan Brunei harus menyatakan pendirian dengan nyata kepada OIC yang akan mengadakan mesyuarat tergempar mereka esok.
"Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) harus menerima akibat daripada tindakan terkutuk rejim Israel ini.
"Serangan berterusan ke atas Gaza yang kononnya sebagai usaha untuk mempertahankan diri merupakan alasan dangkal kerana intimidasi dimulakan oleh rejim Israel," katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.
Bastien menambah keseluruhan masyarakat Islam di negara ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Masjid Al-Aqsa yang dilakukan oleh rejim Israel pada Jumaat lalu.
Tegasnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat (AS) selaku sekutu kuat Israel tidak boleh lagi dibenarkan untuk menutup mata seolah-olah perkara ini tidak berlaku.
"Luka ini ditambah pula dengan pencerobohan ke atas Sheikh Jarrah yang merupakan kawasan penduduk Palestin. Usaha untuk merampas rumah-rumah penduduk Palestin yang akan menyambut Hari Raya merupakan satu cubaan biadab dan harus menerima pembelaan masyarakat Islam dunia.
"Dunia tidak boleh aman jika penindasan berterusan yang dilakukan oleh rejim Israel ini dibiarkan. Seharusnya usaha berterusan yang konstruktif mesti ditunjukkan dan bukan sekadar berakhir di meja rundingan," katanya.
Topic Berkaitan
#Palestin
#serangan Israel
#umat Islam Palestin
#Kezaliman Israel
#Serangan Palestin Hari Raya
#Masjid al-Aqsa diserang
#Yahudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan