awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OKT mati dalam lokap: Tiada elemen jenayah, kematian akibat paru-paru berair - PDRM

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2022
02:50 MYT
OKT mati dalam lokap: Tiada elemen jenayah, kematian akibat paru-paru berair - PDRM
Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan punca kematian adalah paru-paru berair.
KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan hasil bedah siasat terhadap kematian Orang Kena Tahan (OKT) di dalam lokap sebuah balai polis di Kelantan mendapati tidak melibatkan sebarang kecederaan atau elemen jenayah.
Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, Datuk Azri Ahmad, punca kematian adalah paru-paru berair dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Kematian OKT di dalam lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan pada 16 Januari 2022.
"Bedah siasat telah dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan pada 17 Januari 2022.
"Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan punca kematian adalah paru-paru berair.
"Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Bagaimanapun, jelasnya, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk keputusan.
Pada 16 Januari lalu, PDRM mengesahkan berlaku satu kes kematian mengejut melibatkan OKT dan kes kematian tersebut dilaporkan pada pukul 4.35 petang pada hari yang sama.
OKT berkenaan merupakan seorang lelaki berusia 37 tahun dan telah ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
OKT telah direman selama empat hari bermula 16 hingga 19 Januari (Rabu) ini di Mahkamah Kota Bharu.
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Polis Diraja Malaysia
#bedah siasat
#orang kena tahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan