OKU lembam terperangkap dalam lumpur

Nur Fazlizai Ali
Mac 12, 2022 09:21 MYT
Anggota bomba membersihkan tubuh mangsa sebelum menyerahkannya kepada keluarga. - Gambar/ JBPM
KEMAMAN: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam terperangkap dalam kawasan berlumpur sedalam 0.5 meter di Kampung Teladas, Air Putih, di sini, pada Sabtu.
Selepas gagal mengeluarkannya, penduduk kampung itu meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang datang ke kawasan itu tidak lama kamudian.
Ketua Zon 2 JBPM Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II, Azman Alias berkata, mangsa berusia 44 tahun terperangkap di kawasan itu yang terletak kira-kira 100 meter dari sebuah warung.
"Pihak bomba dengan bantuan polis dan Rela mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Menurut Azman, mangsa dibawa keluar daripada kawasan berlumpur itu menggunakan pengusung dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Pasukan penyelamat turut membantu membersihkan badan mangsa yang dipenuhi lumpur sebelum diserahkan kepada keluarganya," katanya.
#OKU lembam #terperangkap dalam lumpur #Kampung Teladas #Kemaman