OKU sentiasa dalam hati saya - Maszlee

Mariah Ahmad
Julai 19, 2018 12:31 MYT
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik juga percaya konsep inklusif adalah sangat penting bagi murid-murid khas untuk merasai pendidikan mainstream. - Foto fail
Hak murid-murid pendidikan khas dalam negara ini tidak sesekali akan diketepikan, tegas Menteri Pendidikan Maszlee Malik.
Menurut Maszlee, beliau berjanji untuk mempertingkatkan dan memperbaiki keperluan yang diperlukan sekolah-sekolah pendidikan khas dalam negara ini.
“OKU (Orang Kelainan Upaya) sentiasa berada dalam hati saya.
“Saya juga menyifatkan konsep inklusif adalah sangat penting supaya murid-murid khas dapat merasai pendidikan ‘mainstream’.
“Oleh sebab itu saya sudah mengeluarkan arahan setiap sekolah wajib menyediakan fasiliti dan prasarana untuk murid-murid dan khas,” katanya dalam sesi Bicara Minda bersama Menteri Pendidikan anjuran Sinar Harian hari ini, di sini.

[Bicara Minda @SinarOnline] OKU sentiasa berada dalam jiwa saya. Mereka tidak akan diketepikan.- Dr @maszlee. Beliau janji: 1. Perbaiki & pertingkat sekolah2 pendidikan khas. 2. Pendidikan inklusif. Pelajar-pelajar khas dalam pendidikan mainstream#MalaysiaBaharu @501Awani pic.twitter.com/zYDpqvwOm8

— Mariah (@A_marea) July 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, beliau juga mengarahkan supaya setiap program anjuran Kementerian Pendidikan dan Dewan Budaya dan Pustaka perlu disertai sekali penterjemah bahasa isyarat.
Selain membincangkan isu pendidikan khas, Maszlee turut mengulas beberapa perkara termasuk pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah bermula tahun hadapan selain menekankan setiap IPTA supaya fokus untuk menjadi medan melahirkan golongan ilmuan dan cendekiawan daripada mengejar ranking semata-mata.
#Maszlee Malik #Menteri Pendidikan #OKU #pendidikan #pendidikan khas