awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM, AGC teliti kaedah tangani pelanggaran undang-undang isu 3R - KPN
Google tamat sokongan Chrome untuk macOS 12 mulai pertengahan 2026
Malawi isytihar wabak polio selepas virus cVDPV2 dikesan di Blantyre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah pecah rekod kebangsaan, kandas di repechage acara pecut

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2024
14:13 MYT
Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah pecah rekod kebangsaan, kandas di repechage acara pecut
Nurul Izzah menamatkan perlumbaan repechage di kedudukan kedua di belakang pelumba Kanada, Lauriane Genest, dengan hanya pemenang mara ke pusingan seterusnya - fotoREUTERS
KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri tidak berhasil mara ke pusingan 1/16 acara pecut individu Sukan Olimpik Paris 2024 apabila tewas dalam saingan repechage di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome, pada malam Jumaat (waktu Malaysia).
Pelumba berusia 20 tahun itu menamatkan perlumbaan repechage di kedudukan kedua di belakang pelumba Kanada, Lauriane Genest dengan hanya pemenang mara ke pusingan seterusnya.
Nurul Izzah terpaksa turun beraksi dalam pusingan tersebut selepas tewas kepada Sophie Capewell pada pusingan pertama acara pecut.
Atlet kelahiran Kedah itu mencatat masa 0.081 saat (s) di belakang pelumba dari Great Britain dalam saingan heat 4.
Bagaimanapun, Nurul Izzah berjaya memecah rekod kebangsaannya pada pusingan kelayakan acara pecut dengan catatan masa 10.709s, sekali gus memadam rekod 10.903s yang diciptanya di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Nilai, tahun lalu.
Dia menamatkan sesi kelayakan itu di kedudukan ke-21 daripada 24 pelumba untuk mara ke pusingan 1/32.
Nurul Izzah yang membuat penampilan sulung di Olimpik memulakan kempennya dalam acara keirin wanita pada 7 Ogos lalu.
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Nurul Izzah acara pecut
#pelumba berbasikal trek wanita
#Lauriane Genest
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan