awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
Kes rasuah Tentera Darat: SPRM kesan beberapa individu lain terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik perlu diadakan tanpa kehadiran penonton - Pegawai Kesihatan Jepun

Bernama
Bernama
19/06/2021
04:12 MYT
Olimpik perlu diadakan tanpa kehadiran penonton - Pegawai Kesihatan Jepun
Pemdangan dari luar Stadium Olimpik (Stadium Nasional) di Tokyo, Jepun, 17 Jun, 2021. REUTERS
ANKARA: Lembaga Penasihat COVID-19 Jepun pada Jumaat menyatakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 perlu diadakan tanpa kehadiran penonton, menurut Anadolu Agensi Kyodo.
Ketua Pertubuhan Penjagaan Kesihatan Komuniti Jepun Shigeru Omi berkata demikian pada sidang media di Tokyo.
Beliau berkata langkah itu adalah kaedah terbaik dan berkesan untuk mengurangkan risiko penularan virus.
Omi turut menasihatkan penganjur memikirkan kaedah terbaik untuk mengurangkan risiko dan membuat keputusan secepat mungkin.
Selain itu, 26 pakar, termasuk Ketua Pengarah Institut Penyakit Berjangkit Takaji Wakita turut menyuarakan kebimbangan mereka bahawa Olimpik mungkin akan mencetuskan gelombang baharu wabak COVID-19.
Menteri Olimpik Seiko Hashimoto berkata pihak penganjur akan meneliti perkara itu dengan lebih terperinci dan mencari cara paling sesuai serta selamat untuk penonton, termasuk berunding dengan pakar.
Sukan Olimpik, yang ditunda tahun lalu bakal diadakan pada 23 Julai-8 Ogos manakala Sukan Paralimpik dari 24 Ogos-5 September.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shigeru Omi
#Sukan Olimpik
#Olimpik Tokyo 2020
#Lembaga Penasihat COVID-19
#Jepun
#COVID-19
#Olimpik
#gelombang baharu
#penyakit berjangkit
#sukan
#Tokyo
#risiko
#Seiko Hashimoto
#penonton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan