[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Ombak kuat Pantai Tok Bali 'tarik' dua remaja

Astro Awani 25/12/2016 | 14:37 MYT
Dua remaja dikhuatiri lemas semasa bermandi-manda di Pantai Tok Bali, di sini, sekitar pukul 4.30 petang tadi. -Gambar JBPM
Dua remaja dikhuatiri lemas semasa bermandi-manda di Pantai Tok Bali, di sini, sekitar pukul 4.30 petang tadi.
Mangsa dikenali sebagai Azim, 14 tahun, dan Amir Azfa, 13.
Dua lagi remaja iaitu Mohd Firdaus Mustafa dan Amir Sahir Zakima berjaya diselamatkan orang awam yang berada di tempat kejadian.
Dilaporkan kedua-dua remaja tersebut telah cuba menyelamatkan rakan mereka ketika 'ditarik' ombak kuat namun tidak berjaya.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh masih giat mencari kedua-dua mangsa yang hilang.
Operasi turut dibantu pasukan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
#Amir Sahir Zakima #Firdaus Mustafa #pantai tok bali #remaja dikhuatiri lemas