awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca ekstrem boleh berlaku dari semasa ke semasa - MetMalaysia
Had tempoh jawatan PM: Perlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan, kesediaan parti politik - Penganalisis
Dakwa disamun di Genting Highlands, wanita warga asing disiasat buat laporan palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Onn Hafiz mohon semua pihak tidak keluarkan kenyataan ganggu gugat pentadbiran Johor

Bernama
Bernama
26/11/2022
07:06 MYT
Onn Hafiz mohon semua pihak tidak keluarkan kenyataan ganggu gugat pentadbiran Johor
Onn Hafiz berkata, Johor masih lagi sebuah kerajaan yang stabil, di bawah naungan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini memohon agar semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu gugat pentadbiran kerajaan negeri itu.
Onn Hafiz menerusi hantaran di laman Facebook berkata Johor masih lagi sebuah kerajaan yang stabil, di bawah naungan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
"Insya-Allah. Negeri Johor masih lagi sebuah kerajaan yang stabil di bawah naungan Kebawah DYMM Tuanku Sultan Johor.
"Saya mohon kembali supaya tidak ada pihak yang mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu gugat pentadbiran Negeri Johor," katanya.
Menerusi hantaran di laman Facebook itu, Onn Hafiz turut menyertakan pautan berita mengenai 'PH Johor Mohon Wakil Rakyatnya Jadi Ahli JTPD'.
Terdahulu, Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah Wee Tse dilaporkan berkata Pakatan Harapan (PH) Johor, memohon budi bicara kerajaan negeri untuk membenarkan wakil rakyat daripada parti itu dilibatkan sebagai ahli Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD).
Puah dipetik sebagai berkata ia bertujuan menyelaraskan gerak kerja pentadbiran memandangkan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) sudah menjadi rakan sekutu di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Pada 28 November tahun lepas, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dilaporkan menolak rundingan mengenai cadangan penglibatan wakil rakyat pembangkang sebagai ahli JTPD.
Menteri Besar ketika itu Datuk Seri Hasni Mohammad dilaporkan berkata kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan Kerajaan Persekutuan, dan berdasarkan maklum balas daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam JTPD adalah merujuk kepada ADUN di pihak kerajaan.
Bagaimanapun, Hasni dipetik berkata atas semangat sebagai rakan strategik, kerajaan negeri berbesar hati menjemput semua ADUN PH dalam mesyuarat JTPD sebagai pemerhati, yang membawa maksud bahawa mereka akan dijemput hadir pada setiap kali mesyuarat JTPD.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Besar Johor
#onn hafiz ghazi
#pentadbiran johor
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan