awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Onn Hafiz rayu selesai segera masalah kesesakan di ICQ BSI, KSAB

Bernama
Bernama
06/03/2024
06:30 MYT
Onn Hafiz rayu selesai segera masalah kesesakan di ICQ BSI, KSAB
Onn Hafiz berkongsi gambar kesesakan di pintu sempadan Johor-Singapura dalam hantaran di laman Facebook beliau hari ini.
JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi merayu Jabatan Imigresen Malaysia agar menyelesaikan segera masalah kesesakan yang berlaku di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
"Bagi pihak rakyat Johor, Malaysia yang berulang setiap hari, saya meminta dan merayu kepada kepimpinan Jabatan Imigresen agar menyegerakan penyelesaian kesesakan yang berlaku di kedua-dua pintu masuk KSAB dan BSI.
"Rakyat tidak boleh disusahkan sebegini rupa. Sampai bila mereka akan menjadi mangsa keadaan?," katanya dalam hantaran di laman Facebook beliau hari ini.
Jabatan Imigresen Malaysia dalam kenyataan Isnin lepas memaklumkan kesesakan luar biasa yang berlaku di Zon Motosikal Kompleks ICQ BSI dan KSAB adalah disebabkan masalah gangguan sistem M-Bike di kedua-dua laluan zon pemeriksaan motosikal masuk dan keluar.
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Ruslin Jusoh berkata insiden itu disebabkan oleh kerja konfigurasi sistem yang sedang dilaksanakan oleh syarikat pengendali baharu yang dilantik bermula 29 Feb lepas.
Beliau berkata bagi mengatasi masalah kesesakan di laluan motosikal, Jabatan Imigresen Malaysia telah mengambil tindakan segera dengan mengaktifkan kaunter manual secara maksimum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#onn hafiz ghazi
#kesesakan teruk
#Tambak Johor
#bsi dan ksab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan