MALAYSIA
Onn Hafiz seru rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pihaknya menerima makluman terkini daripada MetMalaysia bahawa amaran hujan berterusan (waspada) telah dikeluarkan bagi daerah Segamat serta Tangkak pada Jumaat dan Sabtu ini. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menyeru seluruh rakyat Johor sentiasa peka dengan perkembangan cuaca semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa, khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan rendah, berhampiran sungai atau kerap terjejas ketika musim hujan.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pihaknya menerima makluman terkini daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bahawa amaran hujan berterusan (waspada) telah dikeluarkan bagi daerah Segamat serta Tangkak pada Jumaat dan Sabtu ini.
"Amaran ini dikeluarkan berikutan jangkaan sistem cuaca bertekanan rendah yang kini berada di Selat Melaka dan dijangka bergerak ke timur merentasi Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang dalam tempoh itu. Pergerakan sistem cuaca ini turut memberi potensi berlakunya hujan berterusan di kawasan utara Johor.
"Sehubungan itu, kerajaan negeri bersama semua agensi keselamatan dan pengurusan bencana sedang bersiap siaga termasuk (menjalankan) pemantauan paras air sungai, logistik serta penyelarasan tindakan di kawasan berisiko," katanya menerusi hantaran di Facebook, Rabu malam.
Onn Hafiz berkata langkah itu bagi memastikan setiap keperluan bantuan dapat digerakkan segera sekiranya keadaan cuaca bertambah buruk.
"Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan melindungi negeri Johor daripada sebarang bencana," katanya.
-- BERNAMA