awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Aidiladha: 220 anggota JPJ Terengganu pantau kesalahan jalan raya

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
08/07/2022
04:10 MYT
Op Aidiladha: 220 anggota JPJ Terengganu pantau kesalahan jalan raya
Zulkarnain Mat Yasin (tengah) operasi Hari Raya Aidiladha di Kuala Terengganu. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu memberi fokus terhadap penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu bas semasa penguatkuasaan operasi khas Hari Raya Aidiladha.
Jelas Pengarahnya, Zulkarnain Mat Yasin, semua pemandu diwajibkan untuk menjalani ujian saringan air kencing sebelum dibenarkan beroperasi.
Menurut Zulkarnain ia bagi menjamin keselamatan pengguna yang menggunakan perkhidmatan bas untuk pulang ke kampung halaman ketika perayaan.
Jelasnya, operasi bersepadu itu turut dijalankan bersama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
"Dari segi kaedah-kaedah penguasaan, masih lagi kita menggunakan kaedah yang sama itu kita membuat pengesahan pemandu dan bas di terminal.
"Seterusnya kita pun ada juga penyamaran penyamaran anggota yang menaiki bas untuk memastikan kepatuhan pemandu terhadap peraturan telah kita tetapkan," katanya.
Jelasnya lagi, rondaan di 20 kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap kemalangan turut dijalankan.
Zulkarnain ditemui pada operasi Hari Raya Aidiladha di Kuala Terengganu.
Menurutnya Seramai 220 anggota ditugaskan dalam operasi khas itu bermula semalam hingga 13 Julai ini untuk memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang.
Beliau berkata, turut digerakkan Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) bagi memastikan kelancaran trafik ketika perayaan.
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#Dadah
#bas
#pemandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan