awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Alkohol: Doktor antara lima individu ditahan memandu mabuk

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
20/06/2020
05:42 MYT
Op Alkohol: Doktor antara lima individu ditahan memandu mabuk
Nik Ezanee berkata, mereka yang ditahan berusia 26 hingga 61 tahun. Gambar/ IPD Petaling Jaya
Seorang doktor adalah antara lima individu yang ditahan kerana dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dalam sekatan jalan raya di kawasan Petaling Jaya di sini, pada malam Jumaat.
Difahamkan, ketika ditahan, doktor lelaki terbabit tidak memberi kerjasama baik terhadap polis dan bertindak agresif.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, semua mereka yang ditahan itu berusia antara 26 hingga 61 tahun.
Menurutnya, kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 45(A) 1 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Berdasarkan pemerhatian, kita mendapati masih ada lagi pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan," katanya di sini pada Sabtu.
Nik Ezanee menambah, dalam Op Alkohol yang bermula jam 11 malam sehingga jam 3 pagi Sabtu tu, pihaknya telah memeriksa 508 invividu melibatkan 356 kenderaan.
Antara pemandu yang diuji kandungan alkohol dalam badan ketika sekatan jalan raya. Gambar/ IPD Petaling Jaya
Antara pemandu yang diuji kandungan alkohol dalam badan ketika sekatan jalan raya. Gambar/ IPD Petaling Jaya
Antara pemandu yang diuji kandungan alkohol dalam badan ketika sekatan jalan raya. Gambar/ IPD Petaling Jaya
Antara pemandu yang diuji kandungan alkohol dalam badan ketika sekatan jalan raya. Gambar/ IPD Petaling Jaya
Katanya, polis turut mengeluarkan kompaun atas pelbagai kesalahan trafik kepada 36 individu dalam operasi berkenaan.
Beliau memberitahu, fokus utama operasi itu adalah untuk membanteras pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol.
Topic Berkaitan
#IPD Petaling Jaya
#Op Alkohol
#pemandu mabuk
#Petaling Jaya
#Sekatan Jalan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan