SIBU: Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPMW5) Bintulu membuat rampasan dianggarkan bernilai RM4.73 juta dalam Op Benteng dan Op Kontraban yang dilaksanakan di daerah Bintulu semalam.
Komander PPMW5 Sarawak ACP Shamsol Kassim berkata menerusi Op Benteng, sebuah kapal kargo dianggarkan bernilai RM4 juta telah dirampas bersama 929 kayu balak pelbagai jenis dan saiz dengan anggaran nilai RM185,800 serta pelbagai peralatan perkapalan yang nilainya berjumlah RM417,100.
Katanya, kru kapal kargo seramai lima warga tempatan dan seorang warga asing turut ditahan dalam operasi itu.
"Dalam Op Benteng di Kuala Batang Kemena, sebuah kapal kargo dalam perjalanan dari Sri Aman ke Bintulu telah ditahan serta diperiksa dan didapati membawa muatan kayu balak pelbagai jenis dan saiz.
"Juragan gagal mengemukakan keterangan berkaitan Akta Kastam 1967 iaitu tiada dokumen pelepasan pelabuhan," katanya menerusi satu kenyataan.
Shamsol berkata kapal kargo tersebut dan muatannya telah diiringi ke Markas Operasi PPMW5 dan kes dirujuk serta diserahkan kepada Jabatan Kastam Bintulu untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Shamsol berkata menerusi Op Kontraban melibatkan sekatan jalan raya di kawasan Jalan Pesisir Bintulu-Kuala Tatau dan Kampung Warisan, Jepak, pihaknya menahan dan memeriksa sebuah van yang membawa muatan pelbagai jenama minuman keras dan rokok.
Katanya, pemandu lelaki berumur 38 tahun itu gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen berkaitan muatan tersebut dan van serta muatannya telah dibawa ke Markas Operasi PPMW5.
"Kes telah dirujuk dan diserah kepada pihak IPD Bintulu untuk tindakan lanjut.
"Rampasan melibatkan 70,000 batang rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM52,500, 150 karton minuman keras bernilai RM24,757.92 dan sebuah van berharga RM50,000," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 19 2021
Menerusi Op Kontraban di kawasan Jalan Pesisir Bintulu-Kuala Tatau dan Kampung Warisan, Jepak, PPMW5 menahan dan memeriksa sebuah van yang membawa muatan pelbagai jenama minuman keras dan rokok. - Foto Sinar Harian
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Polis giat jejak suspek kes tembak di Sibu
Polis sedang giat mengesan suspek yang menembak seorang lelaki dalam kejadian di Lorong Wong King Huo 21 petang semalam.
PM tiba di Sibu untuk lawatan kerja
Anwar mempunyai program padat, bermula dengan Majlis Ramah Mesra bersama pemimpin Komuniti Masyarakat Daerah Kapit di Dewan Suarah Kapit.
KPWKM rancang bina depoh bencana di Sibu dan Miri - Nancy
Dua depoh simpanan keperluan bencana akan dibina di Sarawak, masing-masing di Sibu dan Miri.
Bapa kanak-kanak 11 tahun pandu kereta di Sibu disaman
Tindakan saman di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu dibuat setelah kanak-kanak berkenaan berjaya dikesan petang semalam.
Warga asing rompak pemandu e-hailing wanita ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing disyaki terlibat dengan kes rompakan bersenjata seorang pemandu e-hailing wanita di Sibu.
Gudang tidak berlesen simpan beras bersubsidi bernilai RM2.1 juta dirampas
Kawal Selia Padi dan Beras (KPB), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) merampas 645.75 tan metrik beras bersubsidi dalam satu operasi di sebuah gudang di Sibu, Sarawak.
Seorang maut, dua cedera nahas dua lori treler
Identiti mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti manakala yang cedera ialah Berudie Nyalai, 24 tahun, dan Saberi, 36 tahun.
Jangan buat spekulasi video tular lelaki diserang di Sibu - Polis
Polis meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi terhadap video seorang lelaki diserang beberapa lelaki lain di Sibu yang tular menerusi laman sosial Facebook hari ini.
80 individu ditahan kerana jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan
Seramai 80 individu ditahan di Sibu sejak Januari lalu kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' dengan menyerahkan maklumat bank kepada sindiket untuk tujuan penipuan.
Penduduk perlu peka tanda-tanda awal tanah runtuh - JBPM
JBPM mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan terdedah kepada ancaman tanah runtuh atau banjir lumpur supaya sentiasa peka.