awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Birth: Rasuah hingga RM50,000 bagi proses pembelian, penyediaan sijil kelahiran bayi

Bernama
Bernama
18/04/2025
13:20 MYT
Op Birth: Rasuah hingga RM50,000 bagi proses pembelian, penyediaan sijil kelahiran bayi
Menurut sumber, siasatan awal SPRM berjaya mengesan transaksi berjumlah RM400,000 membabitkan sindiket berkenaan yang dikesan mula beroperasi sejak tahun 2021. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Sindiket mengemukakan borang daftar kelahiran palsu yang ditumpaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu lepas, dikesan menawarkan wang suapan antara RM5,000 hingga RM50,000 kepada individu terlibat bagi menguruskan proses pembelian bayi dan penyediaan sijil kelahiran.
Menurut sumber, siasatan awal SPRM berjaya mengesan transaksi berjumlah RM400,000 membabitkan sindiket berkenaan yang dikesan mula beroperasi sejak tahun 2021.
"SPRM masih lagi dalam siasatan untuk mengenal pasti dalang sindiket yang terlibat dalam isu ini. Siasatan awal turut mendapati modus operandi yang digunakan oleh ejen adalah melalui iklan-iklan di media sosial dan juga kenalan atas kenalan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Pada Rabu, SPRM menahan reman 14 individu kerana disyaki terlibat mengemukakan borang daftar kelahiran yang mengandungi butiran matan palsu berkaitan pengesahan kelahiran bayi sedangkan tiada rekod kelahiran bayi itu di hospital yang terlibat.
Semua mereka berumur antara 28 hingga 49 tahun direman sehingga 20 April bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi berkata agensi itu kini dalam proses untuk mengesan lebih ramai individu atau ejen yang terlibat dalam membekalkan bayi-bayi serta penyediaan dokumen palsu.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa siri tangkapan susulan akan dibuat dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Birth
#SPRM
#Rasuah
#sijil kelahiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan