awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah tolak permohonan tahanan rumah bekas presiden Brazil, diarah kembali ke penjara
VM2026: Kestabilan dan hospitaliti rakyat jadi teras
Pas sahkan calon Pengerusi PN minggu depan - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Club Rat 2.0: Dua anggota polis antara 345 ditahan - Bukit Aman

Bernama
Bernama
01/12/2019
03:04 MYT
Op Club Rat 2.0: Dua anggota polis antara 345 ditahan - Bukit Aman
Mohd Khalil berkata pihaknya melancarkan operasi serentak yang melibatkan pemeriksaan ke atas 56 pusat hiburan pada tengah malam tadi dan menyasarkan pengunjung-pengunjung pusat hiburan yang disyaki mengambil dadah. - Gambar fail
Dua anggota polis adalah antara 345 individu yang ditahan dalam Op Club Rat 2.0 di seluruh negara, dipercayai mengambil dadah, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kedua-dua mereka ditahan di sebuah pusat hiburan di ibu negara didapati positif dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing.
Beliau berkata pihaknya melancarkan operasi serentak yang melibatkan pemeriksaan ke atas 56 pusat hiburan pada tengah malam tadi dan menyasarkan pengunjung-pengunjung pusat hiburan yang disyaki mengambil dadah.
“Seramai 1,753 pengunjung berumur 15 hingga 60 tahun diperiksa. Seramai 345 termasuk 31 warga asing ditahan kerana positif dadah iaitu methamphetamine (144 orang), ketamin (77), amphetamin (120), morfin (tiga) dan benzo seorang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi kesalahan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah, seramai 78 individu ditahan.
“Jumlah keseluruhan pelbagai jenis dadah yang dirampas dalam pemeriksaan adalah seberat 656.9 gram dan dianggarkan bernilai RM66,836.50,” kata Mohd Khalil.
Kesemua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala bagi kesalahan mengedar dan memiliki dadah disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(1) serta Seksyen 12 (2) akta sama.
— BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Dadah
#Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
#jenayah
#methamphetamine
#Mohd Khalil Kader Mohd
#Op Club Rat 2 0
#operasi
#operasi serentak
#pemeriksaan
#polis
#pusat hiburan
#siasatan
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan